CINTA SENGET



CINTA SENGET 

Part 1
                       Anggun Dahlia Saffiya termenung mengenangkan masa depan yang redup dan samar-samar.Kata-kata uminya masih terngiang-ngiang difikirannya.Muka kerut umi yang setengah abad menjelma dihadapan dan airmatanya mengalir mencurah-curah dipipi.
  
                   Permintaan umi kali ini tidak dapat menyenangkan hati.Hatinya remuk dan pedih apabila mendengar permintaan umi yang tidak masuk akal.Patutkah dia menerima cadangan itu sedangkan orangnya pun dia tidak pernah bertemu.Adakah perkahwinannya akan kekal tanpa cinta.

                    “Umi nak Anggun terima pinangan daripada Uncle Jazman dan Auntie Aisha ! mereka mengharapkan Anggun menjadi menantu mereka.Umur Anggun dah meningkat dan nak tunggu apa lagi?”kedengaran tegas kata-kata Umi.

                    “Tapi umi , Anggun tak kenal dia dan kami tak pernah berjumpa pun!”Sebak hatinya apabila umi memaksa dalam hal masa depan.Airmatanya mengalir tanpa henti namun umi tidak mengendahkannya.Hatinya hiba mengenangkan orang yang paling dia sayang tidak menghiraukan sedikit perasaannya.

                     “Lepas kahwin nanti Anggun akan kenal dengan dia lebih rapat dan dapat mengenal hati budi masing-masing.Umi dengan babah dulu pun macam tu juga dan sampai sekarang kami bahagian.Dah 30 tahun usia perkahwinan kami.Ada Anggun tengok kami tak bahagia?” Tegas kedengaran suara Makcik Ummu.

                      “Itu dulu umi dan masa sekarang dah lain.Kalau kahwin tanpa cinta takkan bahagia.Anggun taknak kawin ngan dia dan umi tolong cakap kat Auntie Aisya suruh dia cari orang lain yang lebih sedarjat dengan mereka dan menantu yang lebih baik dari Anggun !”Dia memohon sedikit simpati daripada umi namun umi tetap keras dengan kata-katanya.

                      “Anggun Dahlia Saffiya …. Ummi tak boleh buat macam tu kerana Auntie Aisya terlalu baik dan umi tak boleh lukakan hatinya sedangkan dia terlalu mengharap Anggun akan jadi menantu mereka.Dia terlalu sayangkan Anggun.”Tegas umi.Dia tahu kalau umi memanggil nama penuh pasti umi sedang marah terhadapnya.

                      “Hati Auntie Aisha ,umi jaga tapi umi tak pernah nak jaga hati anak umi kan?” Airmatanya mengalir dengan deras sekali.

                      “Bukan macam tu Anggun ! sebab umi sayangkan Anggun lah ,umi terima pinangan Uncle Jazman Huzaimi kerana umi tahu yang Anggun akan bahagia.umi tahu yang Auntie Aisya akan menjadi mentua yang baik kepada anak umi.Umur Anggun dah meningkat dan umi nak anak umi akan mendapat lelaki yang boleh membahagiakannya dan keluarga mentua yang sayang akannya.”Suara umi sedikit tegas.

                     Anggun Dahlia Saffiya hanya mendiamkan diri dan dia tahu dia tidak akan menang kalau bertekak dengan umi. Susah hendak melawan kata-kata umi kerana apa saja yang umi katakan semua orang pasti menurut. A kata umi A juga kata orang lain dan tidak ada sesiapa yang boleh membantah cakapnya.

                     Kadang –kadang terasa ingin membantah sahaja cakap umi tetapi dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh Uncle Jazman Huzaimi dan keluarga membuat dirinya serba-salah.Umi terlalu tegas dalam bab-bab mencari pasangan hidup.Keluarganya terhutang budi terhadap Uncle Jazman Huzaimi sekeluarga.

                   Uncle Jazman Huzaimi terlalu banyak menolong mereka semua sampaikan sanggup mengeluarkan modal  membeli bot untuk babah ke laut.Tapi kenapa dia yang terpaksa membalas semua kebaikan yang diberi dengan mengahwini orang yang dia tidak pernah dikenali ataupun sekali jatuh cinta.

                    Semua ini benar-benar tidak adil terhadap dirinya.Kenapa umi tidak menyuruh Eira Damia,adiknya itu yang mengahwini anak Uncle Jazman Huzaimi sahaja.Walaupun dia tahu yang Eira Damia sudah berpunya dan kenapa Auntie Aisya sukakan dia ? ramai lagi perempuan dikota sana yang boleh dijadikan menantu.

                   Sedangkan dia hanya pompuan kampong yang lulusan SPM sahaja,jika dibandingkan dengan anak lelakinya yang berlulusan luar Negara.Tidakkah dia merasa malu mempunyai menantu yang tidak memiliki apa-apa ijazah mahupun sijil2 dari IPTA atau IPTS.Auni berfikir sejenak.

                   “Hanya padaMu hambaMu berserah dan bertawakal.AS-SAMI’ Maha Mendengar.”Hati  kecil Anggun Dahlia Saffiya berdoa.

                    Dia segera menyapu airmata yang mengalir dipipi sambil mencapai telefon bimbitnya.Saat ini hanya Erna Suraya kawan baiknya sahaja yang dapat mengubati dan nasihat-nasihat dari Erna yang dia perlukan.Kedengaran suara Erna Suraya diluar talian .

                    “Assalamualaikum Erna …”kedengaran Suara Anggun Dahlia Saffiya yang garau apabila tidak dapat menahan esakan.

                   “Waalaikumusalam Anggun ..kenapa dengan suara kau ? kau menangis ke ?cerita kat aku apa terjadi dan kalau aku boleh tolong aku akan sedaya-upaya untuk tolong kau.”

                    “Erna …Umi paksa aku terima pinangan daripada Uncle Jazman.Aku tak kenal dan tak pernah sekali pun lihat anak  Uncle Jazman dan Auntie Aisha tu.Apa harus aku lakukan?Aku tak cintakan dia.”

                     Terlopong mulut Erna Suraya mendengar kata-kata daripada sahabat baiknya.Dia merasa simpati terhadap kawannya kerana masalah yang dihadapi begitu berat untuk ditanggung. Bab-bab nikah-kahwin bukan boleh dianggap ringan kerana ia akan bersangkut-paut dengan kehidupan  selamanya.

                     Erna Suraya sudah lama mengenali umi Anggun Dahlia Saffiya iaitu Makcik Ummu dan sudah dianggap sebagai ibunya sendiri.Tiada sesiapa boleh membangkang kata-kata Makcik Ummu termasuklah Pakcik Munir suaminya sendiri tapi Makcik Ummu seorang yang baik hati dan peramah.

                     Kadang-kadang Erna Suraya merasa kesian dengan kehidupan Anggun Dahlia Saffiya yang terpaksa berkorban untuk keluarganya. Jarang sekali dia melihat Anggun Dahlia Saffiya membangkang kata-kata Makcik Ummu dan kawannya itu hanya akan menangis kalau tidak suka apa yang Makcik Ummu lakukan untuknya tapi dia tahu yang Anggun Dahlia Saffiya seorang yang tabah dan ceria dalam menangani masalah yang dihadapi.

                   Hanya dia tempat kawannya mencurah perasaan dan meminta pendapat.Tapi dalam masalah ini dia tidak boleh masuk campur tapi sebagai kawan dia hanya boleh memberi nasihat untuk meringankan sedikit masalah yang dihadapi oleh Anggun Dahlia Saffiya.

                   “Aku harap kau banyak-banyak bersabar. Kau cakap la baik-baik dengan umi kau pasti dia faham?” Sebak rasanya mengenangkan masalah yang dihadapi oleh Anggun Dahlia Saffiya.Tiada kedengaran suara kawannya itu tapi hanya kedengaran esakan yang kuat.

                  “Anggun…Anggun…Anggun..jangan menangis lagi .Aku simpati dengan kau tapi aku tak mampu nak menolong kerana kita tak boleh buat apa-apa ? apakata kau minta tolong dengan babah kau dan aku pasti dia akan tolong kau.Dia kan sayang sangat dengan kau.Anak emas babah katakan?”kedengaran suara Anggun Dahlia Saffiya sedikit ketawa.

                 “Kau sendiri dah kenal ngan perangai umi aku kan ? Babah aku tak boleh cakap apa-apa kerana dia turut terhutang budi dengan Uncle Jazman sekeluarga.Auntie Aisya merayu kat umi untuk terima mereka sebagai besan kerana mereka mahu mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang sudah terjalin.Kenapa harus aku yang balas semua kebaikan mereka terhadap keluarga aku ..Erna?”Anggun Dahlia Saffiya mengesap airmatanya.

                 “Susah-susah sangat kau terima aje mamat tu ataupun kau cal ajak dia berjumpa kan senang? tak usah kusutkan kepala kau yang sudah kusut tu. Mana tahu , apabila kau jumpa dia pertama kali kau akan jatuh cinta padanya?Mungkin nie jodoh kau,sapa tahu?”Erna Suraya tergelak kecil.

                “Senang kau cakap ? ingat aku takda harga diri ke ? senang-senang kau ganti tempat aku dan jadi menantu Auntie Aisya nak ke ? kawan yang baik , sanggup menolong kawannya dalam kesusahan kan ? Tersedak Erna Suraya mendengar kata-kata daripada Anggun Dahlia Saffiya.

                “Kenapa pulak aku yang kena ? ayoooo !!! taknak la aku jadi menantu orang kaya nie ! kalau Uncle Jazman dan Auntie Aisya , aku tahu mereka baik orangnya tapi belum tentu anak kesayangan mereka tu  seorang yang baik. Mana tahu panas baran ke ,kaki pompuan ke ataupun anti pompuan ? langkah malaikat 44 aku tak mahu! Merana hidup aku nanti.Habis si Aiman Qusairi tu aku nak letak kat mana ,sayang oiii?” Erna Suraya ketawa terbahak-bahak.

                 “Ernaaaaa ….”Suara kuat Anggun Dahlia Saffiya memanggil nama Erna Suraya.Erna Suraya segera menjauhkan sedikit telefon bimbitnya apabila mendengar suara Anggun Dahlia Saffiya yang nyaring memanggil namanya.

                    “Makcik …. Sakit telinga aku tahu ?”

                   “Rasakan !! mulut tu celupar sangat ! main redah aje kutuk orang dan kalau didengar orang lain pasti mereka akan terasa dengan kata-kata kau tadi.Kita tak tahu perangai seseorang tu so jangan main cakap aje ?bukan nak bagi nasihat kat aku tapi menakutkan aku lagi laaa…Si Aiman tu kau lempar aje dalam longkang kan senang.”Kedengaran suara Anggun Dahlia Saffiya ketawa dengan kuat.

                   “Amboiiii !! bukan main sebelahkan mamat tu ? tadi menangis meraung-raung tak suka tapi sekarang dah terbalik ke ? kau dah jatuh cinta ke walaupun kau tak pernah melihat dia ?ehhhh … lupa pulak siapa nama gerangan lelaki yang akan dijodohkan dengan kau tu ?aku cakap aje bukan nak menakutkan kau ,Anggun ku sayang…Hello kawanku ,Si Aiman tu satu-satunya pengarang jantung aku tahu?”Erna Suraya ketawa terbahak-bahak.

                   “Yala,aku tahu yang takde lelaki lain kat dunia nie yang lebih baik daripada abang Aiman kau kan?Kau perli aku ya Erna ?nasib baik kau jauh dari aku,kalau tak…lebam paha kau aku cubit. Taknak aku jatuh cinta kat dia.Aku sendiri belum tengok wajahnya,nikan pulak jatuh cinta ?

                 Aku tak layak untuk dia ,mana tahu dia pun tak suka kat aku juga tapi demi parents,dia sanggup berkorban macam aku ? nama dia Syed Jazmir Hariff  Bin Syed Jazman Huzaimi.Itu pun aku dengar Auntie Aisya sebut semasa bercakap telefon dengannya.Yalahhh .. cakap aja kau kata ? kau menakutkan aku yang sedia takut tahu ? apa punya kawan baik ntah ?”

                  Sebalnya Anggun Dahlia Saffiya dengan sikap Erna Suraya tapi apapun Erna Suraya seorang kawan yang baik dan prihatin.Walaupun kadang-kala menyakitkan hatinya.Erna Suraya sentiasa ada disisinya ketika dia memerlukan pertolongan.Anggun Dahlia Saffiya ketawa kecil sambil menggeleng-geleng kepalanya mendengar coleteh Erna Suraya kawan yang paling dia sayangi.

                   “Wow…sedap nama tu tapi belum tentu perangainya sesedap namannya kan ?Aku minta maaf coz buat kau takut dan aku tak bermaksud menakutkan kau ?mesti laaaa..abang Aiman aku  ‘Best in the world”Suara Erna Suraya sedikit sedih dan diselang-seli dengan ketawa terbahak-bahak.

                   “Eeee…gelinyerr aku ngan minah sorang nie?Aku maafkan kau dan aku tahu kau kawan yang sentiasa ada disisi aku kan ?Aku tak tahu tapi kata Ummi , dia seorang yang lulusan luar Negara dan sekarang dia mengambil alih tugas Uncle Jazman disyarikat mereka.

                   Uncle Jazman ingin bersara dan meluangkan masa bersama-sama Auntie Aisya.Kau kan tahu yang mereka hanya ada dua orang anak saja. Syed Jazmir Hariff  tu dan Syarifah Jazmira Haniss adik perempuan bongsunya.  Aku hanya lulusan SPM aje , aku tak sesuai untuk dia kan Erna ? Napa aku yang harus dipilih menjadi menantu mereka ?” Suara Anggun Dahlia Saffiya sedikit sebak.

                   “Dah tentu,aku kawan yang paling baik kat dunia nie kan?Mungkin Allah dah letak jodoh kau dengan dia,sapa tahu?Apa-apa pun kau cakap dengan umi dan babah kau dulu dan kalau umi kau berkeras juga ,lakukan solat istiqarah.Pasti ada pertunjuknya .Allah maha mendengar dan aku pasti masalah kau akan selesai juga nanti.”

                     “Amboii !! perasan pulak minah nie ? dah la sikit-sikit perasan minah oiii !!!Anggun  ketawa. Apapun terima kasih kerana sudi menjadi mendengar setia masalah yang aku hadapi dan juga nasihat-nasihat kau tu .Okey,aku nak solat asar dan insyaallah aku akan lakukan solat istiqarah minta petunjuk dariNya.Assalamualaikum ..bye..”

                    “Sama-sama..kita tetap kawan dan sampai bila-bila aku akan berada disamping kau.Aku selalu berdoa untuk kau.Moga kau dapat lalui dugaan nie dengan tabah.Jangan lupa kirim salam peluk-cium aku untuk umi kau dan jangan lupa malam nie kau mimpi jejaka yang bertuah tu ? Waalaikumusalam.”

                 Segera Erna Suraya mematikan telefon bimbitnya kerana dia tidak mahu mendengar leteran kawan baiknya itu.Dia kenal benar dengar leteran Anggun Dahlia Saffiya yang membengitkan telinga sesiapa saja yang mendengar tapi kawan itu seorang yang sentiasa happening.

                    Sakitnya hati Anggun Dahlia Saffiya apabila Erna Suraya memutuskan talian begitu saja tanpa mendengar sebarang kata darinya dan juga sempat memerlinya.

                  “Nanti kau minah,siap kalau aku jumpa kau.Aku cubit-cubit mulut kau tu!”

                 Anggun Dahlia Saffiya mengeluh kecil.Dia tersenyum kecil apabila teringat kembali gelagat Erna Suraya yang gila-gila namun nasihat-nasihat yang diberikan Erna Suraya kepadanya cukup bernas.
          
                    Erna Suraya termenung dan tersenyum keseorangan apabila gelagat Anggun Dahlia Saffiya menjelma difikirannya. Teringat kembali pertama kali berkenalan dengan Anggun Dahlia Saffiya.Ketika itu Auni membuat kerja sambilan di Hotel Lima Bintang tempat Erna Suraya bekerja.

                  Anggun Dahlia Saffiya yang mula-mula menegurnya dan sejak itu mereka mula rapat sehingga kini.Keluarga Anggun Dahlia Saffiya terlalu baik dengannya sampaikan mereka menganggap dirinya sebahagian daripada keluarga sendiri.

                    Erna Suraya berjalan ke dapur .Tangannya mencapai mug sambil menuang air kosong.Apa yang harus dia lakukan untuk menolong Anggun Dahlia Saffiya.Dalam bab nikah-kahwin dia tidak terdaya kerana melibatkan banyak pihak.

                    Dia takut Makcik Ummu akan membencinya jikalau dia masuk campur dalam masalah ini sedangkan dia terlalu sayangkan Anggun Dahlia Saffiya dan menganggap kawan baiknya itu sebagai sedara sendiri.Apa yang mampu dia lakukan hanya berdoa dan berada disamping Anggun Dahlia Saffiya.

           

                     Anggun Dahlia Saffiya terus berjalan ke bilik air untuk mengambil wuduk. Walaupun banyak dugaan melanda tapi sebagai hamba yang keldil,kewajipan terhadap Maha Esa tidak pernah dilupakan. KepadaNya tempat kita berserah sebagai umatNya.Anggun mengangkat tangan memohon ampun dan berdoa kepada.

                   “Ya Allah .. kepadaMu aku berserah dan memohon ampun.Kalau ini jodoh ku ,Engkau tunjukkan lah jalannya,aku redha dengan ketentuanMu dan kalau ini bukan jodoh ku,Engkau reda hatiku yang kusut ini.Aku redha dengan dugaan yang diberikan.Ampun segala dosa-dosa ku, ibubbapa ku dan orang-orang yang aku sayangi.Tabah hatiku menerima segala dugaan dariMu.Murahi rezeki untuk aku dan orang yang dekat denganku.amin ya-rabbal a’lamin..” Airmata Anggun Dahlia Saffiya mengalir dengan laju dipipi.

                     Usai solat Anggun Dahlia Saffiya ke dapur untuk menyediakan minum petang. Babah akan pulang sebentar lagi.Anggun Dahlia Saffiya mengambil pisang yang masak ranum didalam peti ais untuk membuat cokodok pisang kerana babah paling suka cokodok buatannya. Menurut Babah cokodok buatannya  presis seperti buatan Ummi.Kedengaran suara Ummi memberi salam diselangi suara Babah.

                     Babah dan umi menarik kerusi meja makan sambil mengibas dengan tangannya kerana kepenatan.Anggun Dahlia Saffiya  menuangkan air teh panas dan sepinggan cokodok dihadapan umi dan babah serta dia menarik kerusi duduk bersebelahan dengan babah.

                   “Babah dengan umi dari mana?”

                   Tangannya mencapai cokodok sambil memasukkan kedalam mulut.Babah menghirup air teh panas yang berada dihadapannya .Muka Pakcik Munir kelihatan kemerah-merahan kerana disimbahi cahaya matahari yang terik.

                   “Umi dari rumah Kak Siti.Umi jumpa babah kat depan tu dan kami pulang bersama-sama.”Anggun Dahlia Saffiya mengangguk-angguk kepalanya.

                   “Anggun …dah fikir apa yang umi cakapkan?”

                 Makcik Ummu memandang tepat muka Anggun Dahlia Saffiya.Bukan niat hati untuk memaksa Anggun Dahlia Saffiya tetapi apa yang dia lakukan untuk kebahagian anaknya juga.

                    Anggun Dahlia Saffiya menggeleng-geleng kepalanya.Pakcik Munir memandang anaknya penuh simpati.Dia tahu yang Anggun Dahlia Saffiya susah untuk menerima orang lain dalam hidupnya dalam masa terdekat. Walaupun anaknya itu seorang yang peramah dan cepat mesra.

                   “Apa yang Anggun tunggu lagi ? Auntie Aisya asyik tanya umi.”

                   Makcik Ummu memandang Anggun Dahlia Saffiya pinta jawapan.Harap-harap anaknya akan bersetuju dengan pinangan ini kerana anaknya sudah menolak beberapa pinangan dahulu. Dia tidak mahu anaknya menjadi andartu dan menjadi buah mulut orang kampong.

                     Anggun Dahlia Saffiya memandang umi meminta simpati namun umi buat endah tak endah saja.Pakcik Munir menggeleng-geleng kepala melihat gelagat dua-beranak dihadapannya.

                      ‘Dua-dua keras kepala.’Fikir Pakcik Munir dalam hati.

                      Malas rasanya mahu masuk campur kerana dia tidak mahu memanjangkan masalah yang dihadapi oleh anak kesayangannya itu.Dia tahu kalau dia masuk campur pasti masalah ini akan lebih panjang dan isterinya pasti tidak akan mengalah. Dia kenal benar perangai isterinya. Apa yang patut buat sekarang,hanya berdoa semoga salah seorang daripada mereka berlembut hati dan masalah ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.  

                    “Umi tak boleh ke tolak pinangan nie?Anggun tak bersedia lagi .Anggun tak nak jadi isteri yang derhaka nanti ,umi nak ke anak umi jadi isteri yang derhaka pada suaminya?”

                 Makcik Ummu mengangkat punggung dan berlalu pergi membiarkan pertanyaan daripada Anggun Dahlia Saffiya.Dia kesal dan sedih kerana anak yang dikasihi membantah cakapnya.Sampai bila anaknya itu hendak tunggu sedangkan umur semakin meningkat.Dia tidak mahu terus berada disitu kerana takut akan bertengkar lagi dengan anaknya.Lebih baik dia menghindarinya kerana itu lebih baik untuk kedua-dua pihak.

                   Anggun Dahlia Saffiya dan babahnya saling berpandangan.Dia merasa bersalah kerana telah membuat hati Ummi tersentuh dengan percakapannya sebentar tadi.Pakcik Munir mengeleng-geleng kepalanya. Tidak tahu yang mana satu harus dia sebelahkan kerana dua-dua keras kepala. Walaupun anaknya keras kepala tapi hati Anggun Dahlia Saffiya  akan lembut apabila melihat mereka sedih.

                   Itu membuat dia bersyukur mempunyai anak seperti Anggun Dahlia Saffiya dan sikap Eira Damia anak bongsunya lain benar daripada kakaknya.Eira Damia lebih pentingkan perasaan sendiri daripada perasaan orang lain.Apa yang dia tidak mahu pasti dia akan memprotes dan akan membantah habis- habisan.

                 Walaupun jarak umur mereka berada hanya 1 tahun lebih sahaja.Eira Damia lebih degil daripada Anggun Dahlia Saffiya dan sebagai kakak Anggun Dahlia Saffiya banyak mengalah dan banyak berkorban demi keluarga. Walaubagaimana pun anak-anaknya tidak pernah membuat mereka susah –hati malah tidak pernah memalukan mereka sebagai ibu-bapa.

                    Walaupun kehidupan mereka sederhana namun dia merasa bangga mempunyai anak-anak yang baik dan isteri yang penyayang walaupun sedikit tegas.Rumah-tangga mereka bahagia dan sudah mencecah 30 tahun.Sejak akhir-akhir ini isterinya selalu merungut kerana orang-orang kampong mengumpat tentang anak-anaknya yang masih membujang.Eira Damia sudah berpunya tetapi dia berkeras mahu melihat kakaknya berkahwin dahulu daripadanya.

                  Apabila mendapat tahu yang keluarga Jazman ingin melamar Anggun Dahlia Saffiya,isterinya yang paling gembira kerana kutukan orang kampong terhadap anaknya yang sulung tidak laku akan reda.Sebagai ayah,dia mahu Anggun Dahlia Saffiya mengerti perasaan ibu yang mahu melihat anak-anaknya hidup bahagia.

                   “Babah … apa yang harus Anggun lakukan ? Anggun taknak sakitkan hati umi tapi Anggun tak dapat menerima pinangan ini.”Tangan kanan Pakcik Munir mengusap lembut kepada Anggun Dahlia Saffiya dan tersenyum memandang kedalam mata anaknya yang kemerah-merahan selepas menangis.

                     “Anggun… lakukan solat istiqarah dan banyak-banyak berdoa.Babah tahu Anggun anak yang mendengar  kata tapi Anggun kena jaga perasaan umi kerana umi selalu bimbang akan Anggun. Biasa la kalau anak dara yang terlanjur usia pasti ibu-bapanya akan merasa bimbang dan menjadi buah mulut orang-orang kampung.Itu memberi tekanan pada umi.Anggun fahamkan perasaan umi?” Pakcik Munir menarik nafas sebelum menyambung perbicaraannya.

                  “Apabila Uncle Jazman membuka mulut untuk menjadikan Anggun sebagai menantu keluarga mereka, babah lihat umi,orang yang paling gembira.Babah minta maaf kerana tidak mempertahankan Anggun ketika bertelagah dengan umi tadi.Babah taknak umi berkecil-hati kerana umi beria-ia ingin melihat Auni naik pelamin sebelum dia menutup mata.”

                   Airmata Anggun Dahlia Saffiya  mengalir dengan pantas.Dia tidak dapat menahan sebak apabila mendengar pengakuan daripada Babah tentang hajat umi untuk dirinya.Dia mengangguk-angguk kepalanya.

                  “Tapi Babah … kenapa umi tak jodohkan Eira dengan anak Auntie Aisya dan kenapa Anggun yang terpaksa berkorban untuk semua nie?” Tangannya tidak berhenti-henti menyapu airmata yang mengalir dipipi.Pakcik Munir mendengus kecil.

                  “Anggun kan kakak jadi umi lebih risaukan Anggun.Lagipun Auntie Aisya benar-benar sukakan Anggun dan dia nak Anggun yang menjadi menantu sulung mereka.Anggun ingat tak ?

                Anggun pernah tolong mereka dulu dan sejak dari hari tu Uncle Jazman dan Auntie Aisya sukakan Anggun.Mereka berniat ingin menyunting Anggun menjadi menantu mereka. Mereka sayangkan Anggun dari segalan-galaya dan mereka percaya Anggun akan menjadi menantu dan anak perempuan untuk mereka sekeluarga.Anggun sendiri tahu yang Eira sudah ada teman hidup kan?” Anggun Dahlia Saffiya mengangguk-angguk kepalanya dan tersenyum kelat.

                 Anggun Dahlia Saffiya teringat kembali saat-saat dia menolong Uncle Jazman dan Auntie Aisya. Ketika itu dia baru pulang daripada kerja dan dia terserempak dengan mereka berdekatan jalan raya berhadapan dengan rumahnya.Kereta yang mereka naiki kehabisan petrol dan baru datang dari Kuala Lumpur untuk melancong ke Langkawi.

               Melihat muka Auntie Aisya yang keletihan ketika itu membuat hatinya  merasa simpati.Dia mempelawa mereka berehat dirumahnya sementara menunggu esok pagi untuk membeli petrol kerana ketika itu sudah lewat malam dan semua shell minyak sudah tutup.Sejak pertolongan yang diberi tidak seberapa membuat Uncle Jazman sekeluarga terhutang budi dan menjadi semakin rapat.Jika mereka datang ke Langkawi pasti rumah Anggun menjadi tempat persinggahan.

                Pakcik Munir menghirup air teh yang sejuk kedalam mulut.Tangannya mencapai cokodok yang berada didalam pinggan dihadapannya.

               “Babah harap Anggun faham tujuan umi menyuruh Anggun menerima pinangan nie ? Ibu mana yang tidak mahu melihat anak kesayangan mereka bahagia dan kerna itu umi menyuruh Anggun menerima pinangan nie.Umi tahu yang Uncle Jazman sekeluarga orang yang baik-baik dan Anggun bertuah menjadi sebahagian dari keluarga mereka.

               Mereka boleh menjaga Anggun seperti mana babah dan umi menjaga Anggun.Babah tau yang anak babah boleh harungi masalah ni dengan tenang dan boleh jadi isteri yang solehah terhadap suaminya.” Sekali lagi airmata Anggun Dahlia Saffiya  berlinangan.Terlalu tinggi kepercayaan babah terhadapnya.

                       “Anggun perlukan sokongan dan doa daripada babah.”

                  Anggun Dahlia Saffiya segera memeluk babahnya dengan erat.Baru dia tahu betapa beratnya yang perlu ditanggung oleh ibu-bapa menjaga anak dara yang belum bertemu jodoh apabila umur sudah meningkat.Begitu perit apabila mendengar bualan orang-orang kampong.

                       Anggun Dahlia Saffiya bertekad untuk meringan beban yang ditanggung oleh kedua orang tuanya.Dia akan menerima lamaran itu dengan secepat mungkin.Walaupun rumahtangganya nanti akan dilanda badai tanpa cinta namun dia akan membuang ketepi masalah itu.Apa yang penting kebahagiaan kedua orang tuanya terutama Ummi yang mengharapkan dia berumah-tangga.

                    “Terima kasih babah kerna sedarkan Anggun.Anggun akan dengar cakap umi dan babah mulai saat ni.Anggun nak babah dan umi gembira aje dan kebahagiaan babah dan umi , kebahagiaan Anggun juga.Babah maafkan Anggun ya?”Hatinya sedikit reda mendengar nasihat daripada babahnya.

                     Anggun Dahlia Saffiya mencium kedua belah tangan Pakcik Munir.Pakcik Munir mengangguk-angguk sambil mengusap pipi anak kesayangannya itu.Hatinya sedikit tersentuh. Anggun Dahlia Saffiya sanggup menerima pinangan itu demi mereka.Restu daripada mereka pasti rumah-tangga anaknya akan bahagia dan kekal selamanya dan itu yang dia selalu doakan untuk anak-anak tersayang.

                   “Pergi pujuk umi dan Babah pasti hati umi akan reda kalau Anggun pujuk dia.”

                    Anggun Dahlia Saffiya memandang Babahnya sambil terukir senyuman dibibir.P akcik Munir membalas senyuman dan mengenyitkan mata kepada anak kesayangannya itu.

                    Anggun Dahlia Saffiya meminta diri dan berjalan masuk kedalam bilik untuk mendapatkan Makcik Ummu. Rasa bersalah menyelubungi hatinya kerana telah membuat umminya merajuk dan terasa hati dengan pertelingkahan sebentar tadi.

                    Anggun Dahlia Saffiya mendapatkan Makcik Ummu yang sedang membelakangkan badannya menghadap pintu. Kelihatan Makcik Ummu termenung jauh memandang ke luar rumah dan bersyukuri betapa uniknya ciptaan Allah.Anggun Dahlia Saffiya memeluk umminya sambil mencium pipi dan memohon maaf.

                     “Umi..Anggun minta maaf dan Anggun dah fikir masak-masak akan menerima pinangan daripada Auntie Aisya.”

                    Makcik Ummu tercengang mendengar kata-kata daripada Anggun Dahlia Saffiya.Hatinya merasa senang dan bersyukur kerana doanya sudah dimakbulkan.

                    ‘Ya Allah ..terima kasih kerna Kau sudah makbulkan doaku dan membuka hati anakku.Amin’ Hati kecilnya berdoa.

                       “Anggun Dahlia Saffiya, betul ke apa yang umi dengar nie?”

                   Anggun Dahlia Saffiya mengangguk-angguk kepalanya.Dia tahu pasti uminya sedang gembira sekarang kerana umi kalau gembira dan marah pasti akan menyebut namanya dengan penuh tanpa nama singkatannya. Makcik Ummu memeluk Anggun dengan erat dan mencium kedua belah pipinya.Dia sedikit lega kerana umminya tidak marah dan merajuk lagi.

                      “Umi akan sampaikan khabar gembira nie kat Auntie Aisya.Tentu dia, orang yang paling gembira sekali.”Anggun Dahlia Saffiya senyum dan berlalu pergi menuju ke bilik membersihkan diri untuk menunaikan kewajipan sebagai hambaNya.

                      Walaupun hatinya tidak dapat terima pinangan ini tapi demi orang tua yang tercinta dia terpaksa berkorban hati dan perasaannya.Walaupun hatinya kecewa tapi dia tidak mahu hati orang yang dia sayangi turut kecewa.Dia akan berusaha menjadi isteri dan menantu yang baik. Dia tidak mahu memalukan orang tuanya yang sentiasa menyayanginya. Mungkin ini pengorbanan yang patut lakukan demi orangtua yang telah membesarkanya dengan penuh kasih sayang.

                    Selesai bersiap dan sementara menunggu waktu solat maghrib,Anggun Dahlia Saffiya mencapai telefon bimbitnya untuk memberitahu Erna Suraya tentang keputusannya. Kawan baiknya itu perlu tahu kerana Erna Suraya adalah orang yang sentiasa berada ketika dia memerlukan pertolongan.Nombor telefon bimbit Erna segera didail.Kedengaran suara milik Erna  Suraya yang nyaring diluar talian.

                     “Heloo..Assalamualaikum sahabatku yang tersayang.Ada apa cal aku maghrib-maghrib nie ?”

                     “Waalaikumusalam..aku nak bagitau kat kau yang aku dah terima pinangan tu.”

                     “Apa !!!!”

                     Terkejut Erna Suraya mendengar kata-kata daripada Anggun Dahlia Saffiya. Betulkah apa yang dia dengari ataupun dia tersalah dengar.Dia selalu pegang kata-kata Anggun Dahlia Saffiya yang mereka tidak akan berkahwin dengan lelaki yang tidak mereka cintai tapi kini Anggun Dahlia Saffiya yang melanggar perjanjian itu.

                    “Aduhhhh cik kak oiii …bengit telinga aku dengar suara kau yang dah macam pontianak mengurai!”

               Anggun Dahlia Saffiya menggosok-gosok telinga dan menjauhkan sedikit telefon bimbit daripada telinganya.Kedengaran Erna Suraya ketawa terbahak-bahak.

                   “Sory-sory Makcik …aku terkejut aje.Kau dah buat keputusan dan kau dah lupa ke prinsip yang kau buat untuk kita?”

                  Anggun Dahlia Saffiya terkenang kembali kata-katanya kepada Erna Suraya.Mereka tidak akan berkahwin dengan lelaki yang mereka tidak cintai tetapi sekarang dia yang melanggar prinsip itu.Mungkin ini sudah takdirnya dan dia harus pasrah.

                  “Aku tahu yang aku dah langgar prinsip kita tapi aku buat semua nie untuk kegembiraan orang tua aku.Aku harap kau akan sokong aku dalam hal nie? Erna..kau la kawan yang sentiasa faham aku.”

                  Hatinya sebak.Airmatanya kembali mengalir dan segera dia menyapu.Dia mahu kawannya itu faham dengan keputusan yang telah diambil.Semua untuk kebahagiaannya juga dan dia pasti ada cahaya diakhirnya nanti.

                   Erna Suraya menggeleng-geleng kepalanya.Kawannya itu hanya penting perasaan orang lain daripada perasaan sendiri.Kalau itu keputusan yang terbaik dan sebagai kawan, dia akan sentiasa sokong keputusan itu.

                      “Aku akan sokong apa jua keputusan yang kau ambil.Aku gembira kalau kau bahagia. Aku nak jadi pengapit kau boleh ?kegembiraan kau ,kegembiraan aku juga kan?”

                       Anggun Dahlia Saffiya sedikit ketawa.Dalam duka kawannya pandai menghiburkan hatinya dan kerana itu dia terlalu sayang Erna Suraya .Nama yang cukup unik seperti orangnya yang baik hati dan perangai yang gila-gila.Anggun Dahlia Saffiya tersengih sendirian apabila teringat gelagat kawannya itu.

                      “Amboiii kau Erna … aku baru setuju dengan pinangan nie tapi kau dah tempah nak jadi pengapit aku plk,apa kes nie ? kau pun tak sabar nak kahwin ke?orang dulu kata kalau jadi pengapit akan berjangkit daripada pengantin.”Erna Suraya ketawa terbahak-bahak.

                      “Apasalahnya kan ? aku pun nak kahwin juga.Nanti kalau kau dah kahwin aku takde kawan lagi so aku pun nak juga ada teman yang ada disamping aku.Takde la aku sunyi kalau kau takde nanti .Kau doa-doa untuk aku juga ya?moga hubungan aku dengan Aiman Qusairi sampai ke jinjang pelamin…Amin..”

                    “Belum tentu lagi perkahwinan aku akan bahagia dan tak semestinya dia boleh jadi teman aku kalau aku ada masalah.Kau lain la coz Aiman Qusairi cintakan kau tapi aku belum tentu Jazmir Hariff cintakan aku?Mungkin dia juga sama seperti aku yang terpaksa berkorban demi orang tua ?”

                   Sebak hati Erna Suraya memikirkan perjalanan hidup kawan baiknya tetapi baginya Allah Maha Adil dan Mengetahui.Mungkin masa depan hidup kawannya akan lebih bahagia berbanding orang yang saling mencintai kerana orang yang berkorban demi orang tua akan dipandang tinggi oleh Allah.

                    “Anggun … kita tak tahu apa akan terjadi dimasa depan kita kan? mungkin kau akan bahagia lebih daripada aku dan hanya Allah Yang Maha Mengetahui.Tak siapa yang tahu so jangan fikir yang bukan-bukan.Aku sentiasa berdoa supaya kau akan bahagia dengan Syed Jazmir Hariff.Lambat-laun cinta tu pasti akan datang dengan sendirinya dan ketika tu pasti kau orang yang paling bertuah.”

                  “Thanks ya Erna dan kau kawan yang paling baik.Sentiasa bagi semangat untuk aku.Kau kawan aku selama-lamanya.Okey la..dah masuk waktu solat..byee assalamualaikum.” Selesai berborak dengan kawan baiknya,Anggun Dahlia Suraya segera  menunaikan solat maghrib.

                  Usai solat Anggun Dahlia Saffiya menyediakan makan malam untuk ahli keluarganya. Eira Suraya menolongnya memasak dan selepas semuanya selesai makan malam,masing-masing merehatkan diri didalam bilik.Anggun Dahlia Saffiya mencapai diari kesayangannya. Sudah berapa hari dia tidak menulis dalam diarinya kerana keletihan.Pen kesayangan pemberian daripada Erna Suraya semperna ulangtahun kelahiran yang ke 28 sudah berada didalam genggaman dan tidak sabar-sabar untuk menari-nari diatas kertas diarinya

6 Januari ..8.30 mlm ..

Aku tak tahu adakah betul tindakan yang aku ambil nie ?? harap2 apa yang aku lakukan membuat orang lain bahagia.Walaupun aku x pasti kebahagian akan datang dalam rumah-tangga tanpa cinta.Tapi kata orang, x semestinya cinta yang kita inginkan akan kita dapat so sebagai manusia kita hanya merancang dan Allah yang menentukan segalanya.Ingin melihat Ummi dan Babah bahagia aku sanggup lalukan apa saja.Walaupun terpaksa korban perasaan sendiri kerana tanpa mereka aku  xde kat dunia nie.Aku pasti Allah telah merancangkan sesuatu yang terbaik untuk UmatNya.Cuma aku perlukan doa orang-orang yang aku sayangi untuk aku tabah mengharungi dugaan yang akan mendatang.Aku pasti aku boleh mengharunginya kerana Babah dan Ummi telah memberi pelajaran yang secukupnya kepada aku dan Eira. Aku telah memberi kata putus untuk menerima pinangan daripada Uncle Jazman sekeluarga.Mungkin betul kata Erna yang nie adalah jodoh aku tapi aku masih was-was kerana takut tak dapat menjadi isteri solehah dan menantu yang diharap-harapkan oleh Auntie Aisya.Adakah Jazmir ikhlas menerima aku sebagai isterinya?Itu hanya Kau yang Maha Mengetahui apa  yang Kau rancangkan untuk umatMu..

Thanks 4 my parents (Babah n Ummi..) my lovely sister (Eira..) n my sweet friend(Erna) I U All … U all the best in the world n in my heart …   J JJ


             Selesai menulis diari Anggun Dahlia Saffiya terlelap …Dia tersedar ketika azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat subuh.Cepat-cepat dia bangun memunaikan kewajipan sebagai hambaNya.Usai solat, Anggun Dahlia Saffiya kedapur untuk menyediakan sarapan pagi untuk keluarganya sebelum bertolak ke kedai bunga milik emak sedara sebelah Uminya.







Part 2
                 Datin Aisya senyum meleret-leret apabila mendapat berita daripada Kakak Ummu kakak angkatnya.Menurut kakak Ummu ,Anggun Dahlia Saffiya telah menyetujui untuk menerima pinangan daripadanya.

               Hatinya begitu gembira mendengar berita baik ini.Ini saat-saat yang dia nanti-nantikan.Semoga anak sulungnya itu juga turut menyetujui pinangan ini.Datin Aisya segera mendapatkan suami tercinta yang sedang berehat di laman rumahnya.Kelihatan Dato Jazman Huzaimi sedang leka membaca surat khabar.

                “Abang …”Panggil Datin Aisya.Kelihatan mukanya berseri-seri.Dato Jazman Huzaimi memandang isterinya penuh tanda-tanya.Isteri tercinta pagi ini kelihatan lebih ceria daripada sebelumnya.Hatinya gembira apabila melihat kecerian pada wajah isteri tercinta.

                “Kenapa Aisya ?”Dato Jazman Huzaimi melipatkan surat khabar yang berada ditangannya.Dia memandang tepat kearah muka ceria isteri tercinta yang berada berhadapan dengannya. Senyuman lebar terukir di wajah Datin Aisya.

                 Sambil memegang kedua-dua belah tangan suami tercinta dengan erat.Hanya mereka saja yang memanggil Anggun Dahlia Saffiya dengan Saffiya kerana Datin Aisya suka dengan nama Saffiya.

                “Kak Ummu ada call tadi dan dia beritahu yang Saffiya dah terima pinangan dari kita.” Dato Jazman Huzaimi tercengang mendengar perkhabaran itu.

                “Yeke ? patut la isteri abang ceria sangat hari nie ? rupa-rupanya apa yang dihajati telah dimakbulkan.”

                 Dato Jazman Huzaimi segera memeluk isterinya.Walaupun umur mereka sudah mencecah separuh abab tetapi mereka masih romantik seperti orang tengah bercinta dan saling menyayangi.Itu membuat rumah-tangga mereka bahagia.

                Datin Aisya mengangguk-angguk kepalanya.Dia membalas pelukkan isteri tercinta. Kelakuan mereka diperhati anak bongsu mereka yang berjalan mendapatkan mereka berdua di halaman rumah.Syarifah Jazmira Hanis merasa bangga mempunyai mama dan papa yang sentiasa romantic dan saling sayang-menyayangi diantara satu sama lain walaupun sudah meniti senja.Dia tersenyum sendirian.

                 “Pa,Ma both of you look so romantic,is there something that you guy want to share with me? It’s just make me jealous.

                Mereka berdua ketawa mendengar kata-kata daripada Syarifah Jazmira Hanis anak perempuan tunggal mereka.

                  “Of course sayang,Kak Saffiya dah terima pinangan daripada mama dan papa.I’m so happy.”

                 “Did Along know about it?”

               Syarifah Jazmira Hanis sedikit keliru kerana dia tidak pernah tahu tentang pinangan keluarga untuk abangnya.Setahunya ,alongnya itu seorang yang dingin terhadap perempuan sejak pertunangannya terputus ditengah jalan.Sejak itu impian family berkecai dan tiada sesiapa pun lagi mengungkit kisah perkahwinan kerana takut along kesayangannya itu sedih.

                “Actually his does’nt know about this yet but mama ngan papa akan usaha untuk along terima pinangan nie dengan hati yang terbuka.I hope you can help us to make it happen..dear.” Datin Aisya memandang anak bongsunya dengan penuh harapan agar keinginan mereka tercapai.

                 “Okey Ma..i try talk to along.Adik harap dengan pinangan nie along akan berubah.Adik pun nak tengok along happy  dan ceria seperti dulu.Dah sampai masanya untuk along fikir pasal masa depannya.Adik  harap kak Saffiya dapat lembutkan hati along yang keras macam batu tu.Adik teringin sangat nak berjumpa dengan Kak Saffiya kerana dia telah mencuri hati mama dan papa adik.”

                  Syarifah Jazmira Hanis menghirup air tea panas dihadapannya.Datin Aisya menyetujui kata-kata anak bongsu kesayangannya.Dato Jazman Huzaimi dan Datin Aisya saling berpandangan dan membalas senyuman.

                  Dia tahu sejak anak lelaki kesayangannya itu putus tunang beberapa tahun lalu,kelakuan anak lelaki sulungnya berubah.Dari sikap yang peramah dengan perempuan bertukar menjadi dingin terhadap perempuan.

                  Sejak dari itu hati Datin Aisya gelisah kerana takut anak sulungnya itu bertekad tidak mahu berumah-tangga. Syed Jazmir Hariff  banyak menumpukan kerja dipejabat dan menghabiskan masa bersama-sama client.

                  Sejak itu hatinya Datin Aisya tidak senang dan selalu memikirkan tentang anak sulungnya.Sehingga dia bertemu dengan Anggun Dahlia Saffiya dan Anggun Dahlia Saffiya adalah orang yang dapat memberi kebahagian dan mengubah anaknya.Dia bersyukur dengan pertemuan yang tidak dijangka itu.Datin Aisya termenung jauh mengingatkan kembali apa yang berlaku terhadap anak sulung kesayangannya.

              “Ma..Why ?”

               Syarifah Jazmira Hanis memegang erat tangan mama kesayangannya sambil mencium kedua-dua belah pipi gebu milik mamanya.

               Dia tahu mamanya orang yang paling runsing memikirkan masa depan anak-anak terutamanya along yang sudah berubah sikap sejak pertunangannya putus disebabkan kecurangan tunangan sendiri iaitu Syarifah Hezlin.Along terlalu mencintai Syarifah Hezlin sehingga memberi kesan yang mendalam terhadap dirinya.Syarifah Hezlin Syed Mohsin adalah anak sedara sebelah papanya.

                Sejak kejadian itu ,Mama menjadi renggang dengan Pak Ngah sekeluarga iaitu Papa kepada Syarifah Hezlin.Mamanya sangat marah kepada anak sedaranya yang dulu mama orang yang paling menyayangi Syarifah Hezlin kerana pandai mengambil hati kedua orang tuanya.

                Hubungan keluarga kedua pihak menjadi renggang akibat kejadian itu.Hatinya pedih dan sangat marah kepada Syarifah Hezlin sehingga hubungan yang dulu sangat rapat.

              Kini menjadi sangat renggang.Dia pernah memaki-hamun Syarifah Hezlin kerana membuat alongnya menderita tetapi sekarang dia berharap pilihan mamanya kali ini tepat dan Saffiya akan menjadi kakak,anak pompuan dan isteri yang baik untuk keluarga mereka.

                Mama kembali ceria sejak pulang dari bercuti di Langkawi.Pelbagai cerita yang dia dengari daripada mamanya tentang pompuan yang bernama Saffiya.Teringin sekali melihat orang yang sentiasa meniti dibibir mamanya.

               Setiap kali nama kak Saffiya meniti dibibir, mamanya kelihatan begitu semangat dan ceria.Mamanya tidak seperti dulu yang sentiasa diam dan bermuram apabila nama along disebut dalam perbincangan diantara mereka kerana Mama yang paling sedih dengan apa yang terjadi.

                 Syarifah Jazmira Hanis pasti along orang yang paling terluka tetapi dia tahu along tabahkan hati didepan semua orang terutamanya mama kerana mama ada mengidap sakit jantung. Diwajah along tergambar hati yang teramat luka dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh tunang yang dia cintai sejak mereka bersama-sama belajar di Universiti Oxford London dalam jurusan Business Study.

                  Tapi didepan semua orang,along berpura-pura tidak terluka dengan apa yang berlaku dan menganggap ini adalah ketentuan Allah.Jodoh semuanya ditangan Allah kata along apabila dia mencaci Syarifah Hezlin dan along selalu menasihatinya supaya jangan berdendam dengan Pak Ngah sekeluarga.

                Tapi sebagai adik yang terlalu rapat,dia tahu yang hati along sangat terluka sampaikan along tidak pernah lagi memikirkan tentang mendirikan berumah-tangga dan menumpukan sepenuh perhatiannya kepada pekerjaan.Dia ada juga memperkenalkan along dengan kawan-kawan perempuannya tetapi ditolak keras oleh along kerana kata along biarlah Allah yang mempertemukan jodohnya.

                    “Nothing sayang,mama gembira sangat yang along akan berumah-tangga juga akhirnya.”Jelas terpancar kegembiraan diwajah Datin Aisya.  Syarifah Jazmira Hanis menatap wajah keceriaan mamanya dan terserlah keanggunannya.

                     Datuk Jazman Huzaimi hanya tersenyum mendengar perbincangan diantara isteri tercinta bersama-sama anak perempuan tunggal mereka.Dia tidak risaukan anak bongsunya tetapi terlalu risaukan anak sulungnya yang terlalu fikirkan kerja daripada kehidupannya sendiri.Dari jauh kelihatan anak sulungnya berjalan menuju kearah mereka dengan senyum terukir dibibir.

                     Biasanya hari minggu hari berkumpul bagi mereka semua.Datin Aisya meletakan syarat supaya semua orang tidak boleh kemana-mana pada hari minggu.Mereka semua kena berkumpul dan menghabiskan masa bersama-sama dengannya kerana hari lain semuanya sibuk dengan kerja masing-masing.

                      Syed Jazmir Hariff mengambil tempat bersebelahan dengan Syarifah Jazmira Hanis.Dia memerhati muka mamanya yang sedikit ceria pada pagi ini.Pelik rasanya kerana mamanya tidak pernah seceria ini sejak pertunangannya bersama Syarifah Hezlin terputus. Terakhir dia melihat semua orang gembira semasa majlis pertunangannya bersama-sama Syarifah Hezlin.

                        ‘Apa kena dengan semua orang nie.’Bisik hati kecilnya.

                       “Adik…cerianya mama hari nie ? nape ya dik  dan tak nak  kongsi dengan along ke?” Sambil tangannya menggosok kepala adik pompuan kesayangannya.

                      Dia segera mencapai karipap yang berada dihadapannya dan memasuki kedalam mulut lalu mengunyah.Syarifah Jazmira Hanis senyum kambing memandang ke arah alongnya sambil mengangkat kedua-dua bahunya.

                        “I don’t know ?tanya sendiri mama.”

                          Syarifah Jazmira Hanis menjelir lidahnya. Datin Aisya dan Datuk Jazman Huzaimi ketawa melihat gelagat putera dan puterinya kesayangan mereka.Datin Aisya dapat merasakan kegembiraan dan kecerian akan kembali dalam rumah mereka nanti.

                          “Pa..ma …tengok along nie?”

                         Geramnya hati Syarifah Jazmira Hanis apabila alongnya mengusap kepalanya dengan laju kerana pertanyaan daripada alongnya tidak dijawab olehnya.Syarifah Jazmira Hanis menarik muka masam apabila tidak mendapat sokongan daripada mama dan papanya.Alongnya ketawa terbahak-bahak apabila dapat mengusiknya.

                           “Along..kesian adik tu ..jangan ganggu dia lagi.”Pinta Datin Aisya apabila melihat muka anak dara kesayangannya masam mencuka.Syarifah Jazmira Hanis kembali tersenyum apabila mendengar mama memihak kepadanya.

                           “Hahaha..kedengaran suara alongnya ketawa.Biarkan dia ma…dah besar panjang masih manja lagi..Adik dah umo 25 tahun tahu so dah boleh kawen pun?”

                            “Elehhhh ..Along pun sama gak..dah tua pun masih duk bawa ketiak mama.Ingat-ingat laa along kalau along kawen pasti dah anak dua tiga.nie tak manja lagi.Kalau adik jadi girlfriend along pasti merana coz nak layan perangai along yang giler-gilerr tu?”Perli Syarifah Jazmira Hanis apabila melihat alongnya mengambil tempat disebelah mamanya dan memeluk mamanya erat.

                             “Bertuah pompuan tu kalau dia dapat along tahu?abang adik yang sorang nie kan baik hati,bertanggungjawab,sopan-santun malah hormat orang tua kan mama kan?”

                            Syed Jazmir Hariff menanyakan kepada Datin Aisya.Datin Aisya mengangguk-angguk kepalanya .
                              “Perasannyerrrrrr abang adik sorang nie ya?bukan bertuah sape yang dapat along tapi merana seumur hidup tahu ?perangai along yang kejap macam ombak tu larrr…kejap surut kejap pasang..kejap okey kejap ko…”

                              Syarifah Jazmira Hanis cepat-cepat menyelamatkan diri apabila melihat along seperti ingin menerkamnya.Dia segera melarikan diri dan melabuhkan punggungnya bersebelahan Datuk Jazman Huzaimi sambil memeluk erat pinggang papanya.Dia menjuihkan mulut kearah alongnya.

                              “Sudah….macam budak-budak along ngan adik nie ! dua-dua dah boleh kawen pun tapi perangai mengalahkan budak-budak tadika.”

                             Kedengaran suara Datin Aisya mencelah.Syrifah Jazmira Hanis menjelirkan lidahnya kearah alongnya.

                             “Along yang patut kawen dulu bukan adik la ..mama.”Mendarat bantal ke atas muka Syarifah Jazmira Hanis yang dilemparkan alongnya.

                             “Mama..tengok along nie?”

                             Syarifah Jazmira Hanis menarik muka masam kerana geram dengan alongnya.Datuk Jazman Huzaimi hanya tersenyum melihat gelagat anak-anaknya.

                             “Along…dah la ganggu adik tu.Along…mama cakap sikit boleh tak?”

                            Datin Aisya memandang tepat kearah anak lelaki kesayangannya.Syed Jazmir Hariff  
mengangguk-angguk kepalanya.

                                “Mama dengan papa dah lamar seseorang untuk along.Kitaorang harap along dapat terima pertunangan nie?”

                                 “Tapi Ma…..Along tak nak dan along tak boleh terima orang yang along tak cinta.Tolong la Ma…jangan paksa along.”Rayu Syed Jazmir Hariff.

                                  “Along…adik rasa nie yang terbaik untuk kebahagian along.Adik dapat rasakan yang kak Saffiya adalah pilihan mama yang tepat.Adik nak along lupakan Kak Hezlin kerana dia bukan gadis yang baik dan lupakan kisah lama.Mulakan hidup baru.”Pinta Syarifah Jazmira Hanis.

                                  “Betul tu along..Papa sokong apa yang adik cakapkan tu..Saffiya seorang gadis yang baik dan papa dapat rasakan along akan bahagia dengan Saffiya.Papa dan mama nak sangat along dan Saffiya  bersatu malah boleh mengeratkan lagi silaturahim yang sudah terjalin diantara kita dengan keluarga Saffiya.”Celah Datuk Jazman Huzaimi.

                                  “Mama nak along bahagia dan lupakan Hezlin kerana dia along jadi macam nie kan?mama nak along mulakan hidup baru dan Saffiya adalah orang yang tepat boleh membahagiakan along.”kata Datin Aisya sedikit sebak.

                                  Syarifah Jazmira Hanis bangun mendapatkan alongnya sambil memeluk erat abang tersayang.Airmatanya mengalir sedikit.Dia sebak mengenangkan kejadian yang menimpa abang tersayang.

                                  “Along…papa nak tengok along bahagia dan dapat wanita yang baik.Papa tahu yang Saffiya boleh berikan kebahagian itu pada along.”Kata Datuk Jazman Huzaimi sambil menepuk bahu anak lelakinya.
                                 Semua orang puji Saffiya dan tidak ada sedikit pun yang mengutuknya. Bolehkah 
pompuan yang bernama Saffiya memberi kebahagian yang diharapkan semua orang terhadap aku.Dulu Syarifah Hezlin juga begitu tetapi akhirnya belangnya terbongkar.Tetapi aku tidak menyalahkan Syarifah Hezlin kerana aku tidak banyak memberi tumpuan kepadanya.

                               Aku terlalu sibuk dengan kerja sampaikan terabai orang-orang disekelilingku. Aku takut kebahagian yang diharapkan oleh mama dan papa akan kecundang ditengah jalan kerana tidak ada cinta dan kasih-sayang.Fikir Syed Jazmir Hariff. Dia terdiam seketika.Malas rasanya untuk membangkang kata-kata famili kerana merasa kesian kepada mereka terutama mama yang terlalu mengharap dia berumah-tangga dan keinginan memiliki cucu.

                                   “Kalau mama dan papa dah buat keputusan,apa yang along boleh lakukan?along serahkan semuanya tentang majlis tu dan along tak nak ambil tahu coz along terlalu sibuk sekarang nie.”

                                   Mereka semua saling berpandangan dan tersenyum gembira apabila mendengar kata-kata daripada Syed Jazmir Hariff.

                                    Syed Jazmir Hariff  malas hendak memikirkan tentang majlis pertunangan itu kerana dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.Dulu semasa majlis pertunanganya dengan Syarifah Hezlin ,dia orang yang terlalu sibuk menguruskan majlis itu.

                                  Tetapi akhirnya majlis itu terputus juga seperti pepatah melayu “Harapkan panas hingga ke petang ,rupa-rupanya hujan ditengah hari.”

                                  Dia tidak mahu peristiwa itu kembali lagi.Dia sudah penat berpura-pura tabah didepan semua orang dan sedangkan hatinya betul-betul hancur berkecai seperti kaca yang jatuh berderai dilantai.Perempuan yang sangat dia cintai ,sanggup menghancurkan hatinya dan sejak peristiwa itu dia takut untuk mencintai dan dicintai.

                                    Syed Jazmir Hariff  meminta diri untuk menunaikan solat Asar apabila kedengaran azan berkumandang.Dia menadah tangan memohon ampun sebagai hambaNya yang keldil.

                                    “Ya Allah..aku sebagai hambaMu yang keldil memohon ampun atas segala-gala dosa yang aku lakukan secara sengaja atau tidak sengaja.Aku memohon Engkau tabahkan hatiku untuk mengharungi dugaan-dugaan dariMu.Ampuni segala dosa kedua orang tuaku dan adikku tersayang.Redhai kehidupan mereka semua…

                                   Ya Allah..kalau pertunangan ini yang terbaik untukku ,Engkau bukakan hatiku untuk menerimanya dengan ikhlas kerana aku tidak mahu orang-orang yang aku sayangi kecewa lagi.Kalau Saffiya adalah pompuan yang Engkau takdirkan jodohku,Engkau bukakan hatiku untuk mencintainya.Engkau bukakan hatiku menerima dengan hati yang ikhlas dan Engkau tunjukkan jalannya.Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah..Amin..” Syed Jazmir Hariff  menyapu kedua-dua belah tangannya dimuka.

                                 Usai solat asar , Syed Jazmir Hariff  termenung dicoridor biliknya.Rumah banglo dua tingkat milik orang tuanya tersergam indah berlatar-belakangkan kehijauan pokok-pokok.Dari jauh kelihatan bangunan KLCC.

                                 Pemandangan yang indah pada waktu malam dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa  membuat hati sesiapa yang resah akan damai apabila menghayatinya.Kelihatan cahaya yang terang-benderang sangat indah ketika tibanya waktu malam.

                                  Dia terkejut sambil mengurut dadanya apabila kedengaran ketukan pintu biliknya bertalu-talu dan dia segera berjalan kearah pintu untuk melihat siapa gerangannya yang telah menganggunya.Kelihatan wajah comel Hanis tersengih-sengih seperti kerang busuk berada didepan pintu.

                                  “Ohhh…rupanya budak comot yang ganggu along ya?”

                                 Tangan Syed Jazmir Hariff  dengan pantas mencubit pipi gebu milik adik kesayangannya.Syarifah Jazmira Hanis menarik muka masam sambil menepis tangan alongnya kerana pipinya merasa pedih atas cubitan abang kesayangannya.

                                   “Sakit la along.Comot-comot pun adik kesayangan along juga kan?”

                                  Syarifah Jazmira Hanis segera menolak badan alongnya dan segera menghempaskan badannya diatas tilam empuk milik alongnya.Syed Jazmir Hariff  berjalan kembali kekoridor untuk menyedup udara yang segar dan ingin mendamaikan hatinya yang resah ketika ini.

                                   Syarifah Jazmira Hanis melihat muka resah along segera berjalan dan memeluk bahu abang kesayangannya dari belakang.Mereka berdua terlalu rapat sehinggakan kalau terjadi sesuatu diantara mereka pasti salah seorang akan terasa dan sedih.

                                   Syarifah Jazmira Hanis tahu yang alongnya kini sedang resah memikirkan tentang majlis pertunangan yang diaturkan oleh mama dan papanya.Sebagai adik,dia harus menghiburkan hati alongnya.
                                       “Along….”

                                Syed Jazmir Hariff menoleh kearah adiknya dan tersenyum kelat apabila namanya disebut.Dia menarik adiknya berada disampingnya dan memeluk bahu adik kesayangannya.Dia tahu yang Syarifah Jazmira Hanis terlalu risau memikirkan tentang dirinya sejak pertunangannya dengan Syarifah Hezlin putus beberapa tahun yang lepas.

                                        “Adik ,tak usah risau dan along tak apa-apa.Kalau pertunangan ni terbaik untuk semua orang,along akan lakukannya.”

                                        Syed Jazmir Hariff  memandang kearah bangunan KLCC yang tersergam indah.Dia berharap hatinya seteguh bangunan KLCC.

                                        “Adik bangga dengan along,adik nak ajak along pegi bercuti kat Pulau Langkawi dan dengan itu along boleh mengenali kak Saffiya dengan lebih dekat lagi.Adik pasti suatu saat nanti hati along akan suka dan cintakan kak Saffiya.”

                                         “Tak boleh adik coz along banyak keja kat pejabat.Biarlah majlis pertunangan nie berlangsung tanpa along mengenalinya dan along pasti pilihan mama dan papa adalah terbaik.”Tenang suara Syed Jazmir Hariff  berbicara walaupun hatinya tidak tenang.

                                          “Taknak….along kena juga pegi dan papa dah sign surat cuti along selama seminggu.Kita pegi esok dan adik nak kemas barang-barang along sekarang juga.”

                                          Syed Jazmir Hariff  tercengang mendengar kata-kata adiknya dan matanya melirik kearah Syarifah Jazmira Hanis yang sedang berjalan kearah almari bajunya.

                                         ‘Budak nie biar betul ?takkan esok dah nak pegi kot?’bebelnya dalam hati.

                                          “Adik …esok ke kita nak pegi ?kenapa cepat sangat?mama dan papa pegi juga ke?”
                                          Kelihatan Syarifah Jazmira Hanis menggangguk-angguk kepalanya sambil tangannya mengeluarkan baju-baju alongnya dan memasukkan kedalam beg pakaian.

                                           “Kita berdua aje..Adik dah call tempah tiket flight so esok kita bertolak..Adik nak tenangkan hati along yang resah tu kat sana dan adik rasakan Pulau Langkawi yang paling sesuai dengan jiwa along.Adik nak along kenal kak Saffiya dengan lebih rapat sebelum perkahwinan nie terjadi.”

                                        Syed Jazmir Hariff  geram dengan adik kesayangannya itu kerana apa yang dia kehendaki pasti dia dapatkan tanpa berbincang dengan orang lain. Dia terpaksa menurut kehendak adik kesayangan kerana tidak mahu mendengar leteran daripada mamanya.

                                            Selesai Syarifah Jazmira Hanis mengemas baju alongnya ,dia segera keluar dari bilik alongnya.Dia segera mendapatkan mama dan papanya dilaman rumah kerana ingin memberitahu yang alongnya setuju untuk ke Langkawi.

                                          Dari jauh kelihatan papanya memeluk erat pinggang mamanya sambil melihat ikan-ikan emas berenang-renang sesama didalam kolam.Dia gembira mempunyai ibu-bapa yang begitu romantic dan saling menyayangi,walaupun sudah meningkat usia.Dia selalu ingin kebahagian seperti mama dan papanya,jika suatu masa dia berumah-tangga.

                                           “Mama ngan papa nie,romantic giler ..Adik jealous tahu ?”  

                                            Kedengaran suara Datin Aisya ketawa.Syarifah Jazmira Hanis mengambil tempat diantara mama dan papanya.Dia tahu yang papa terlalu sayangkan mama sehingga papa sanggup menyerahkan syarikat kepada along kerana ingin menjaga mama yang disahkan mendapat penyakit jantung.Dia juga tahu yang along sanggup menerima pinangan ini demi mama.Mereka semua tidak mahu mama risau dan akan berusaha untuk membuat mama gembira.

                                               “Adik dari mana dan mana along ?selalu masa nie along ngan adik ada-ada saja keja yang nak dibuat .Sampaikan takde masa nak berborak ngan mama dan papa?nak keluar jumpa kawan la ,nak shopping la ..”kata Datin Aisya.

                                             Syarifah Jazmira Hanis tersengih-sengih mendengar mama memerli dirinya. Tangan segera mencapai makanan ikan emas yang berada didalam genggaman papanya dan melemparkan kedalam kolam.Kedengaran kocakan-kocakan air kolam apabila ikan-ikan emas berenang-renang apabila saling berebut-berebut makanan yang berada didasar air.

                                              “Along kat dalam bilik.Adik nak bagitahu mama dan papa yang along dah setuju nak pegi Langkawi esok so fligt kitaorang ke Langkawi pukul 8 malam.”Datin Aisya tersenyum memandang anak bongsunya sambil memeluk erat.Dia gembira kerana anak sulungnya bersetuju untuk berjumpa dengan Saffiya ,gadis pilihan hatinya.

                                            “Yeke adik ? nada Datin Aisya sedikit terkejut.

                                            “Nak mama dan papa pegi hantar ke KLIA ke?thanks adik.”

                                            “Boleh juga kalau papa takde apa-apa agenda.Takpe ma, adik lakukan semua nie untuk kebahagian along dan adik nak lihat along seperti dulu yang sentiasa gembira.”

                                           Datuk Jazman Huzaimi menggeleng-geleng kepalanya tanda tiada sebarang agenda.Dia turut gembira mendengar berita ini.Impiannya untuk menyatukan Anggun Dahlia Saffiya dengan Syed Jazmir Hariff  akan terlaksana kerana dia benar-benar ingin berbesan dengan Abang Munir dan kak Ummu.Syarifah Jazmira Hanis mengangguk-angguk kepalanya.