CINTA SENGET
Part 1
Anggun
Dahlia Saffiya termenung mengenangkan masa depan yang redup dan samar-samar.Kata-kata
uminya masih terngiang-ngiang difikirannya.Muka kerut umi yang setengah abad
menjelma dihadapan dan airmatanya mengalir mencurah-curah dipipi.
Permintaan umi kali ini tidak dapat menyenangkan hati.Hatinya remuk dan
pedih apabila mendengar permintaan umi yang tidak masuk akal.Patutkah dia menerima
cadangan itu sedangkan orangnya pun dia tidak pernah bertemu.Adakah
perkahwinannya akan kekal tanpa cinta.
“Umi nak Anggun terima
pinangan daripada Uncle Jazman dan Auntie Aisha ! mereka mengharapkan Anggun
menjadi menantu mereka.Umur Anggun dah meningkat dan nak tunggu apa lagi?”kedengaran
tegas kata-kata Umi.
“Tapi umi , Anggun tak kenal dia
dan kami tak pernah berjumpa pun!”Sebak hatinya apabila umi memaksa dalam hal
masa depan.Airmatanya mengalir tanpa henti namun umi tidak
mengendahkannya.Hatinya hiba mengenangkan orang yang paling dia sayang tidak
menghiraukan sedikit perasaannya.
“Lepas kahwin nanti Anggun akan kenal dengan
dia lebih rapat dan dapat mengenal hati budi masing-masing.Umi dengan babah
dulu pun macam tu juga dan sampai sekarang kami bahagian.Dah 30 tahun usia
perkahwinan kami.Ada Anggun tengok kami tak bahagia?” Tegas kedengaran suara
Makcik Ummu.
“Itu dulu umi dan masa sekarang dah lain.Kalau
kahwin tanpa cinta takkan bahagia.Anggun taknak kawin ngan dia dan umi tolong
cakap kat Auntie Aisya suruh dia cari orang lain yang lebih sedarjat dengan
mereka dan menantu yang lebih baik dari Anggun !”Dia memohon sedikit simpati
daripada umi namun umi tetap keras dengan kata-katanya.
“Anggun Dahlia Saffiya …. Ummi tak boleh buat
macam tu kerana Auntie Aisya terlalu baik dan umi tak boleh lukakan hatinya
sedangkan dia terlalu mengharap Anggun akan jadi menantu mereka.Dia terlalu
sayangkan Anggun.”Tegas umi.Dia tahu kalau umi memanggil nama penuh pasti umi
sedang marah terhadapnya.
“Hati Auntie Aisha ,umi jaga tapi umi tak pernah
nak jaga hati anak umi kan?” Airmatanya mengalir dengan deras sekali.
“Bukan
macam tu Anggun ! sebab umi sayangkan Anggun lah ,umi terima pinangan Uncle
Jazman Huzaimi kerana umi tahu yang Anggun akan bahagia.umi tahu yang Auntie
Aisya akan menjadi mentua yang baik kepada anak umi.Umur Anggun dah meningkat
dan umi nak anak umi akan mendapat lelaki yang boleh membahagiakannya dan
keluarga mentua yang sayang akannya.”Suara umi sedikit tegas.
Anggun Dahlia Saffiya hanya
mendiamkan diri dan dia tahu dia tidak akan menang kalau bertekak dengan umi. Susah
hendak melawan kata-kata umi kerana apa saja yang umi katakan semua orang pasti
menurut. A kata umi A juga kata orang lain dan tidak ada sesiapa yang boleh
membantah cakapnya.
Kadang –kadang terasa ingin membantah sahaja cakap umi tetapi dengan kebaikan
yang ditunjukkan oleh Uncle Jazman Huzaimi dan keluarga membuat dirinya
serba-salah.Umi terlalu tegas dalam bab-bab mencari pasangan hidup.Keluarganya terhutang
budi terhadap Uncle Jazman Huzaimi sekeluarga.
Uncle Jazman Huzaimi terlalu
banyak menolong mereka semua sampaikan sanggup mengeluarkan modal membeli bot untuk babah ke laut.Tapi kenapa
dia yang terpaksa membalas semua kebaikan yang diberi dengan mengahwini orang
yang dia tidak pernah dikenali ataupun sekali jatuh cinta.
Semua ini benar-benar tidak adil
terhadap dirinya.Kenapa umi tidak menyuruh Eira Damia,adiknya itu yang
mengahwini anak Uncle Jazman Huzaimi sahaja.Walaupun dia tahu yang Eira Damia
sudah berpunya dan kenapa Auntie Aisya sukakan dia ? ramai lagi perempuan
dikota sana yang boleh dijadikan menantu.
Sedangkan dia hanya pompuan kampong yang lulusan SPM sahaja,jika
dibandingkan dengan anak lelakinya yang berlulusan luar Negara.Tidakkah dia
merasa malu mempunyai menantu yang tidak memiliki apa-apa ijazah mahupun sijil2
dari IPTA atau IPTS.Auni berfikir sejenak.
“Hanya padaMu hambaMu berserah dan bertawakal.AS-SAMI’
Maha Mendengar.”Hati kecil Anggun Dahlia
Saffiya berdoa.
Dia segera menyapu airmata yang
mengalir dipipi sambil mencapai telefon bimbitnya.Saat ini hanya Erna Suraya
kawan baiknya sahaja yang dapat mengubati dan nasihat-nasihat dari Erna yang
dia perlukan.Kedengaran suara Erna Suraya diluar talian .
“Assalamualaikum Erna …”kedengaran
Suara Anggun Dahlia Saffiya yang garau apabila tidak dapat menahan esakan.
“Waalaikumusalam Anggun ..kenapa
dengan suara kau ? kau menangis ke ?cerita kat aku apa terjadi dan kalau aku
boleh tolong aku akan sedaya-upaya untuk tolong kau.”
“Erna …Umi paksa aku terima
pinangan daripada Uncle Jazman.Aku tak kenal dan tak pernah sekali pun lihat
anak Uncle Jazman dan Auntie Aisha tu.Apa
harus aku lakukan?Aku tak cintakan dia.”
Terlopong mulut Erna Suraya
mendengar kata-kata daripada sahabat baiknya.Dia merasa simpati terhadap
kawannya kerana masalah yang dihadapi begitu berat untuk ditanggung. Bab-bab nikah-kahwin
bukan boleh dianggap ringan kerana ia akan bersangkut-paut dengan kehidupan selamanya.
Erna Suraya sudah lama mengenali umi Anggun Dahlia Saffiya iaitu Makcik
Ummu dan sudah dianggap sebagai ibunya sendiri.Tiada sesiapa boleh membangkang
kata-kata Makcik Ummu termasuklah Pakcik Munir suaminya sendiri tapi Makcik
Ummu seorang yang baik hati dan peramah.
Kadang-kadang Erna Suraya merasa
kesian dengan kehidupan Anggun Dahlia Saffiya yang terpaksa berkorban untuk
keluarganya. Jarang sekali dia melihat Anggun Dahlia Saffiya membangkang
kata-kata Makcik Ummu dan kawannya itu hanya akan menangis kalau tidak suka apa
yang Makcik Ummu lakukan untuknya tapi dia tahu yang Anggun Dahlia Saffiya
seorang yang tabah dan ceria dalam menangani masalah yang dihadapi.
Hanya dia tempat kawannya mencurah perasaan dan meminta pendapat.Tapi
dalam masalah ini dia tidak boleh masuk campur tapi sebagai kawan dia hanya
boleh memberi nasihat untuk meringankan sedikit masalah yang dihadapi oleh
Anggun Dahlia Saffiya.
“Aku harap kau banyak-banyak bersabar. Kau
cakap la baik-baik dengan umi kau pasti dia faham?” Sebak rasanya mengenangkan
masalah yang dihadapi oleh Anggun Dahlia Saffiya.Tiada kedengaran suara
kawannya itu tapi hanya kedengaran esakan yang kuat.
“Anggun…Anggun…Anggun..jangan menangis lagi
.Aku simpati dengan kau tapi aku tak mampu nak menolong kerana kita tak boleh
buat apa-apa ? apakata kau minta tolong dengan babah kau dan aku pasti dia akan
tolong kau.Dia kan sayang sangat dengan kau.Anak emas babah katakan?”kedengaran
suara Anggun Dahlia Saffiya sedikit ketawa.
“Kau sendiri dah kenal ngan perangai umi aku
kan ? Babah aku tak boleh cakap apa-apa kerana dia turut terhutang budi dengan
Uncle Jazman sekeluarga.Auntie Aisya merayu kat umi untuk terima mereka sebagai
besan kerana mereka mahu mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang sudah
terjalin.Kenapa harus aku yang balas semua kebaikan mereka terhadap keluarga
aku ..Erna?”Anggun Dahlia Saffiya mengesap airmatanya.
“Susah-susah sangat kau terima aje mamat tu
ataupun kau cal ajak dia berjumpa kan senang? tak usah kusutkan kepala kau yang
sudah kusut tu. Mana tahu , apabila kau jumpa dia pertama kali kau akan jatuh
cinta padanya?Mungkin nie jodoh kau,sapa tahu?”Erna Suraya tergelak kecil.
“Senang kau cakap ? ingat aku takda
harga diri ke ? senang-senang kau ganti tempat aku dan jadi menantu Auntie
Aisya nak ke ? kawan yang baik , sanggup menolong kawannya dalam kesusahan kan
? Tersedak Erna Suraya mendengar kata-kata daripada Anggun Dahlia Saffiya.
“Kenapa pulak aku yang kena ? ayoooo
!!! taknak la aku jadi menantu orang kaya nie ! kalau Uncle Jazman dan Auntie
Aisya , aku tahu mereka baik orangnya tapi belum tentu anak kesayangan mereka
tu seorang yang baik. Mana tahu panas
baran ke ,kaki pompuan ke ataupun anti pompuan ? langkah malaikat 44 aku tak
mahu! Merana hidup aku nanti.Habis si Aiman Qusairi tu aku nak letak kat mana
,sayang oiii?” Erna Suraya ketawa terbahak-bahak.
“Ernaaaaa ….”Suara kuat Anggun Dahlia
Saffiya memanggil nama Erna Suraya.Erna Suraya segera menjauhkan sedikit
telefon bimbitnya apabila mendengar suara Anggun Dahlia Saffiya yang nyaring
memanggil namanya.
“Makcik …. Sakit telinga aku tahu ?”
“Rasakan !! mulut tu celupar sangat ! main
redah aje kutuk orang dan kalau didengar orang lain pasti mereka akan terasa
dengan kata-kata kau tadi.Kita tak tahu perangai seseorang tu so jangan main
cakap aje ?bukan nak bagi nasihat kat aku tapi menakutkan aku lagi laaa…Si
Aiman tu kau lempar aje dalam longkang kan senang.”Kedengaran suara Anggun
Dahlia Saffiya ketawa dengan kuat.
“Amboiiii !! bukan main sebelahkan mamat tu ?
tadi menangis meraung-raung tak suka tapi sekarang dah terbalik ke ? kau dah
jatuh cinta ke walaupun kau tak pernah melihat dia ?ehhhh … lupa pulak siapa
nama gerangan lelaki yang akan dijodohkan dengan kau tu ?aku cakap aje bukan
nak menakutkan kau ,Anggun ku sayang…Hello kawanku ,Si Aiman tu satu-satunya
pengarang jantung aku tahu?”Erna Suraya ketawa terbahak-bahak.
“Yala,aku tahu yang takde lelaki lain kat
dunia nie yang lebih baik daripada abang Aiman kau kan?Kau perli aku ya Erna ?nasib
baik kau jauh dari aku,kalau tak…lebam paha kau aku cubit. Taknak aku jatuh
cinta kat dia.Aku sendiri belum tengok wajahnya,nikan pulak jatuh cinta ?
Aku tak layak untuk dia ,mana tahu dia pun tak suka kat aku juga tapi
demi parents,dia sanggup berkorban macam aku ? nama dia Syed Jazmir Hariff Bin Syed Jazman Huzaimi.Itu pun aku dengar
Auntie Aisya sebut semasa bercakap telefon dengannya.Yalahhh .. cakap aja kau
kata ? kau menakutkan aku yang sedia takut tahu ? apa punya kawan baik ntah ?”
Sebalnya Anggun Dahlia Saffiya dengan
sikap Erna Suraya tapi apapun Erna Suraya seorang kawan yang baik dan
prihatin.Walaupun kadang-kala menyakitkan hatinya.Erna Suraya sentiasa ada
disisinya ketika dia memerlukan pertolongan.Anggun Dahlia Saffiya ketawa kecil
sambil menggeleng-geleng kepalanya mendengar coleteh Erna Suraya kawan yang
paling dia sayangi.
“Wow…sedap nama tu tapi belum tentu
perangainya sesedap namannya kan ?Aku minta maaf coz buat kau takut dan aku tak
bermaksud menakutkan kau ?mesti laaaa..abang Aiman aku ‘Best in the world”Suara
Erna Suraya sedikit sedih dan diselang-seli dengan ketawa terbahak-bahak.
“Eeee…gelinyerr aku ngan minah sorang nie?Aku
maafkan kau dan aku tahu kau kawan yang sentiasa ada disisi aku kan ?Aku tak
tahu tapi kata Ummi , dia seorang yang lulusan luar Negara dan sekarang dia
mengambil alih tugas Uncle Jazman disyarikat mereka.
Uncle Jazman ingin bersara dan meluangkan masa bersama-sama Auntie
Aisya.Kau kan tahu yang mereka hanya ada dua orang anak saja. Syed Jazmir
Hariff tu dan Syarifah Jazmira Haniss
adik perempuan bongsunya. Aku hanya
lulusan SPM aje , aku tak sesuai untuk dia kan Erna ? Napa aku yang harus
dipilih menjadi menantu mereka ?” Suara Anggun Dahlia Saffiya sedikit sebak.
“Dah tentu,aku kawan yang paling baik kat
dunia nie kan?Mungkin Allah dah letak jodoh kau dengan dia,sapa tahu?Apa-apa
pun kau cakap dengan umi dan babah kau dulu dan kalau umi kau berkeras juga
,lakukan solat istiqarah.Pasti ada pertunjuknya .Allah maha mendengar dan aku
pasti masalah kau akan selesai juga nanti.”
“Amboii !! perasan pulak minah nie ? dah la
sikit-sikit perasan minah oiii !!!Anggun ketawa. Apapun terima kasih kerana sudi
menjadi mendengar setia masalah yang aku hadapi dan juga nasihat-nasihat kau tu
.Okey,aku nak solat asar dan insyaallah aku akan lakukan solat istiqarah minta
petunjuk dariNya.Assalamualaikum ..bye..”
“Sama-sama..kita tetap kawan dan sampai
bila-bila aku akan berada disamping kau.Aku selalu berdoa untuk kau.Moga kau
dapat lalui dugaan nie dengan tabah.Jangan lupa kirim salam peluk-cium aku
untuk umi kau dan jangan lupa malam nie kau mimpi jejaka yang bertuah tu ? Waalaikumusalam.”
Segera Erna Suraya mematikan telefon bimbitnya kerana dia tidak mahu
mendengar leteran kawan baiknya itu.Dia kenal benar dengar leteran Anggun
Dahlia Saffiya yang membengitkan telinga sesiapa saja yang mendengar tapi kawan
itu seorang yang sentiasa happening.
Sakitnya
hati Anggun Dahlia Saffiya apabila Erna Suraya memutuskan talian begitu saja
tanpa mendengar sebarang kata darinya dan juga sempat memerlinya.
“Nanti kau minah,siap kalau aku jumpa kau.Aku cubit-cubit mulut kau tu!”
Anggun Dahlia Saffiya mengeluh kecil.Dia tersenyum kecil apabila
teringat kembali gelagat Erna Suraya yang gila-gila namun nasihat-nasihat yang
diberikan Erna Suraya kepadanya cukup bernas.
Erna Suraya termenung dan tersenyum keseorangan
apabila gelagat Anggun Dahlia Saffiya menjelma difikirannya. Teringat kembali
pertama kali berkenalan dengan Anggun Dahlia Saffiya.Ketika itu Auni membuat
kerja sambilan di Hotel Lima Bintang tempat Erna Suraya bekerja.
Anggun Dahlia Saffiya yang mula-mula menegurnya dan sejak itu mereka
mula rapat sehingga kini.Keluarga Anggun Dahlia Saffiya terlalu baik dengannya
sampaikan mereka menganggap dirinya sebahagian daripada keluarga sendiri.
Erna Suraya berjalan ke dapur .Tangannya
mencapai mug sambil menuang air kosong.Apa yang harus dia lakukan untuk
menolong Anggun Dahlia Saffiya.Dalam bab nikah-kahwin dia tidak terdaya kerana
melibatkan banyak pihak.
Dia takut Makcik Ummu akan membencinya jikalau dia masuk campur dalam
masalah ini sedangkan dia terlalu sayangkan Anggun Dahlia Saffiya dan
menganggap kawan baiknya itu sebagai sedara sendiri.Apa yang mampu dia lakukan
hanya berdoa dan berada disamping Anggun Dahlia Saffiya.
Anggun Dahlia Saffiya terus berjalan
ke bilik air untuk mengambil wuduk. Walaupun banyak dugaan melanda tapi sebagai
hamba yang keldil,kewajipan terhadap Maha Esa tidak pernah dilupakan. KepadaNya
tempat kita berserah sebagai umatNya.Anggun mengangkat tangan memohon ampun dan
berdoa kepada.
“Ya Allah .. kepadaMu aku berserah dan
memohon ampun.Kalau ini jodoh ku ,Engkau tunjukkan lah jalannya,aku redha
dengan ketentuanMu dan kalau ini bukan jodoh ku,Engkau reda hatiku yang kusut
ini.Aku redha dengan dugaan yang diberikan.Ampun segala dosa-dosa ku, ibubbapa
ku dan orang-orang yang aku sayangi.Tabah hatiku menerima segala dugaan
dariMu.Murahi rezeki untuk aku dan orang yang dekat denganku.amin ya-rabbal
a’lamin..” Airmata Anggun Dahlia Saffiya mengalir dengan laju dipipi.
Usai solat Anggun Dahlia Saffiya ke
dapur untuk menyediakan minum petang. Babah akan pulang sebentar lagi.Anggun
Dahlia Saffiya mengambil pisang yang masak ranum didalam peti ais untuk membuat
cokodok pisang kerana babah paling suka cokodok buatannya. Menurut Babah
cokodok buatannya presis seperti buatan
Ummi.Kedengaran suara Ummi memberi salam diselangi suara Babah.
Babah dan umi menarik kerusi meja
makan sambil mengibas dengan tangannya kerana kepenatan.Anggun Dahlia Saffiya menuangkan air teh panas dan sepinggan cokodok
dihadapan umi dan babah serta dia menarik kerusi duduk bersebelahan dengan babah.
“Babah dengan umi dari mana?”
Tangannya mencapai cokodok sambil memasukkan kedalam mulut.Babah
menghirup air teh panas yang berada dihadapannya .Muka Pakcik Munir kelihatan
kemerah-merahan kerana disimbahi cahaya matahari yang terik.
“Umi dari rumah Kak Siti.Umi jumpa babah
kat depan tu dan kami pulang bersama-sama.”Anggun Dahlia Saffiya
mengangguk-angguk kepalanya.
“Anggun …dah fikir apa yang umi
cakapkan?”
Makcik Ummu memandang tepat muka Anggun Dahlia Saffiya.Bukan niat hati
untuk memaksa Anggun Dahlia Saffiya tetapi apa yang dia lakukan untuk
kebahagian anaknya juga.
Anggun
Dahlia Saffiya menggeleng-geleng kepalanya.Pakcik Munir memandang anaknya penuh
simpati.Dia tahu yang Anggun Dahlia Saffiya susah untuk menerima orang lain
dalam hidupnya dalam masa terdekat. Walaupun anaknya itu seorang yang peramah
dan cepat mesra.
“Apa
yang Anggun tunggu lagi ? Auntie Aisya asyik tanya umi.”
Makcik Ummu memandang Anggun Dahlia Saffiya pinta jawapan.Harap-harap
anaknya akan bersetuju dengan pinangan ini kerana anaknya sudah menolak
beberapa pinangan dahulu. Dia tidak mahu anaknya menjadi andartu dan menjadi
buah mulut orang kampong.
Anggun Dahlia Saffiya memandang umi meminta
simpati namun umi buat endah tak endah saja.Pakcik Munir menggeleng-geleng
kepala melihat gelagat dua-beranak dihadapannya.
‘Dua-dua keras kepala.’Fikir
Pakcik Munir dalam hati.
Malas rasanya mahu masuk campur kerana dia tidak mahu memanjangkan
masalah yang dihadapi oleh anak kesayangannya itu.Dia tahu kalau dia masuk
campur pasti masalah ini akan lebih panjang dan isterinya pasti tidak akan
mengalah. Dia kenal benar perangai isterinya. Apa yang patut buat
sekarang,hanya berdoa semoga salah seorang daripada mereka berlembut hati dan
masalah ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
“Umi tak boleh ke tolak pinangan nie?Anggun
tak bersedia lagi .Anggun tak nak jadi isteri yang derhaka nanti ,umi nak ke
anak umi jadi isteri yang derhaka pada suaminya?”
Makcik Ummu mengangkat punggung dan berlalu pergi membiarkan pertanyaan
daripada Anggun Dahlia Saffiya.Dia kesal dan sedih kerana anak yang dikasihi
membantah cakapnya.Sampai bila anaknya itu hendak tunggu sedangkan umur semakin
meningkat.Dia tidak mahu terus berada disitu kerana takut akan bertengkar lagi
dengan anaknya.Lebih baik dia menghindarinya kerana itu lebih baik untuk
kedua-dua pihak.
Anggun Dahlia Saffiya dan babahnya
saling berpandangan.Dia merasa bersalah kerana telah membuat hati Ummi
tersentuh dengan percakapannya sebentar tadi.Pakcik Munir mengeleng-geleng kepalanya.
Tidak tahu yang mana satu harus dia sebelahkan kerana dua-dua keras kepala. Walaupun
anaknya keras kepala tapi hati Anggun Dahlia Saffiya akan lembut apabila melihat mereka sedih.
Itu membuat dia bersyukur mempunyai anak
seperti Anggun Dahlia Saffiya dan sikap Eira Damia anak bongsunya lain benar
daripada kakaknya.Eira Damia lebih pentingkan perasaan sendiri daripada
perasaan orang lain.Apa yang dia tidak mahu pasti dia akan memprotes dan akan
membantah habis- habisan.
Walaupun jarak umur mereka berada hanya 1 tahun lebih sahaja.Eira Damia
lebih degil daripada Anggun Dahlia Saffiya dan sebagai kakak Anggun Dahlia
Saffiya banyak mengalah dan banyak berkorban demi keluarga. Walaubagaimana pun
anak-anaknya tidak pernah membuat mereka susah –hati malah tidak pernah
memalukan mereka sebagai ibu-bapa.
Walaupun kehidupan mereka sederhana
namun dia merasa bangga mempunyai anak-anak yang baik dan isteri yang penyayang
walaupun sedikit tegas.Rumah-tangga mereka bahagia dan sudah mencecah 30 tahun.Sejak
akhir-akhir ini isterinya selalu merungut kerana orang-orang kampong mengumpat
tentang anak-anaknya yang masih membujang.Eira Damia sudah berpunya tetapi dia
berkeras mahu melihat kakaknya berkahwin dahulu daripadanya.
Apabila mendapat tahu yang keluarga Jazman ingin melamar Anggun Dahlia
Saffiya,isterinya yang paling gembira kerana kutukan orang kampong terhadap
anaknya yang sulung tidak laku akan reda.Sebagai ayah,dia mahu Anggun Dahlia
Saffiya mengerti perasaan ibu yang mahu melihat anak-anaknya hidup bahagia.
“Babah … apa yang harus Anggun lakukan
? Anggun taknak sakitkan hati umi tapi Anggun tak dapat menerima pinangan
ini.”Tangan kanan Pakcik Munir mengusap lembut kepada Anggun Dahlia Saffiya dan
tersenyum memandang kedalam mata anaknya yang kemerah-merahan selepas menangis.
“Anggun… lakukan solat istiqarah
dan banyak-banyak berdoa.Babah tahu Anggun anak yang mendengar kata tapi Anggun kena jaga perasaan umi
kerana umi selalu bimbang akan Anggun. Biasa la kalau anak dara yang terlanjur
usia pasti ibu-bapanya akan merasa bimbang dan menjadi buah mulut orang-orang
kampung.Itu memberi tekanan pada umi.Anggun fahamkan perasaan umi?” Pakcik
Munir menarik nafas sebelum menyambung perbicaraannya.
“Apabila Uncle Jazman membuka mulut untuk
menjadikan Anggun sebagai menantu keluarga mereka, babah lihat umi,orang yang
paling gembira.Babah minta maaf kerana tidak mempertahankan Anggun ketika
bertelagah dengan umi tadi.Babah taknak umi berkecil-hati kerana umi beria-ia
ingin melihat Auni naik pelamin sebelum dia menutup mata.”
Airmata Anggun Dahlia Saffiya mengalir
dengan pantas.Dia tidak dapat menahan sebak apabila mendengar pengakuan
daripada Babah tentang hajat umi untuk dirinya.Dia mengangguk-angguk kepalanya.
“Tapi Babah … kenapa umi tak jodohkan Eira
dengan anak Auntie Aisya dan kenapa Anggun yang terpaksa berkorban untuk semua
nie?” Tangannya tidak berhenti-henti menyapu airmata yang mengalir
dipipi.Pakcik Munir mendengus kecil.
“Anggun kan kakak jadi umi lebih
risaukan Anggun.Lagipun Auntie Aisya benar-benar sukakan Anggun dan dia nak
Anggun yang menjadi menantu sulung mereka.Anggun ingat tak ?
Anggun pernah tolong mereka dulu dan sejak dari hari tu Uncle Jazman dan
Auntie Aisya sukakan Anggun.Mereka berniat ingin menyunting Anggun menjadi menantu
mereka. Mereka sayangkan Anggun dari segalan-galaya dan mereka percaya Anggun
akan menjadi menantu dan anak perempuan untuk mereka sekeluarga.Anggun sendiri
tahu yang Eira sudah ada teman hidup kan?” Anggun Dahlia Saffiya
mengangguk-angguk kepalanya dan tersenyum kelat.
Anggun Dahlia Saffiya teringat kembali
saat-saat dia menolong Uncle Jazman dan Auntie Aisya. Ketika itu dia baru
pulang daripada kerja dan dia terserempak dengan mereka berdekatan jalan raya
berhadapan dengan rumahnya.Kereta yang mereka naiki kehabisan petrol dan baru
datang dari Kuala Lumpur untuk melancong ke Langkawi.
Melihat muka Auntie Aisya yang keletihan ketika itu membuat hatinya merasa simpati.Dia mempelawa mereka berehat
dirumahnya sementara menunggu esok pagi untuk membeli petrol kerana ketika itu
sudah lewat malam dan semua shell minyak sudah tutup.Sejak pertolongan yang
diberi tidak seberapa membuat Uncle Jazman sekeluarga terhutang budi dan
menjadi semakin rapat.Jika mereka datang ke Langkawi pasti rumah Anggun menjadi
tempat persinggahan.
Pakcik
Munir menghirup air teh yang sejuk kedalam mulut.Tangannya mencapai cokodok
yang berada didalam pinggan dihadapannya.
“Babah harap Anggun faham tujuan umi menyuruh
Anggun menerima pinangan nie ? Ibu mana yang tidak mahu melihat anak kesayangan
mereka bahagia dan kerna itu umi menyuruh Anggun menerima pinangan nie.Umi tahu
yang Uncle Jazman sekeluarga orang yang baik-baik dan Anggun bertuah menjadi
sebahagian dari keluarga mereka.
Mereka boleh menjaga Anggun seperti mana babah dan umi menjaga Anggun.Babah
tau yang anak babah boleh harungi masalah ni dengan tenang dan boleh jadi
isteri yang solehah terhadap suaminya.” Sekali lagi airmata Anggun Dahlia
Saffiya berlinangan.Terlalu tinggi
kepercayaan babah terhadapnya.
“Anggun perlukan sokongan dan doa daripada
babah.”
Anggun Dahlia Saffiya segera memeluk babahnya dengan erat.Baru dia tahu
betapa beratnya yang perlu ditanggung oleh ibu-bapa menjaga anak dara yang
belum bertemu jodoh apabila umur sudah meningkat.Begitu perit apabila mendengar
bualan orang-orang kampong.
Anggun Dahlia Saffiya bertekad untuk meringan
beban yang ditanggung oleh kedua orang tuanya.Dia akan menerima lamaran itu
dengan secepat mungkin.Walaupun rumahtangganya nanti akan dilanda badai tanpa
cinta namun dia akan membuang ketepi masalah itu.Apa yang penting kebahagiaan
kedua orang tuanya terutama Ummi yang mengharapkan dia berumah-tangga.
“Terima kasih babah kerna sedarkan
Anggun.Anggun akan dengar cakap umi dan babah mulai saat ni.Anggun nak babah
dan umi gembira aje dan kebahagiaan babah dan umi , kebahagiaan Anggun juga.Babah
maafkan Anggun ya?”Hatinya sedikit reda mendengar nasihat daripada babahnya.
Anggun Dahlia Saffiya mencium kedua
belah tangan Pakcik Munir.Pakcik Munir mengangguk-angguk sambil mengusap pipi
anak kesayangannya itu.Hatinya sedikit tersentuh. Anggun Dahlia Saffiya sanggup
menerima pinangan itu demi mereka.Restu daripada mereka pasti rumah-tangga
anaknya akan bahagia dan kekal selamanya dan itu yang dia selalu doakan untuk
anak-anak tersayang.
“Pergi pujuk umi dan Babah pasti hati
umi akan reda kalau Anggun pujuk dia.”
Anggun Dahlia Saffiya memandang Babahnya sambil terukir senyuman
dibibir.P akcik Munir membalas senyuman dan mengenyitkan mata kepada anak
kesayangannya itu.
Anggun Dahlia Saffiya meminta diri dan
berjalan masuk kedalam bilik untuk mendapatkan Makcik Ummu. Rasa bersalah
menyelubungi hatinya kerana telah membuat umminya merajuk dan terasa hati
dengan pertelingkahan sebentar tadi.
Anggun Dahlia Saffiya mendapatkan Makcik Ummu yang sedang membelakangkan
badannya menghadap pintu. Kelihatan Makcik Ummu termenung jauh memandang ke
luar rumah dan bersyukuri betapa uniknya ciptaan Allah.Anggun Dahlia Saffiya
memeluk umminya sambil mencium pipi dan memohon maaf.
“Umi..Anggun minta maaf dan Anggun dah
fikir masak-masak akan menerima pinangan daripada Auntie Aisya.”
Makcik Ummu tercengang mendengar kata-kata daripada Anggun Dahlia
Saffiya.Hatinya merasa senang dan bersyukur kerana doanya sudah dimakbulkan.
‘Ya Allah ..terima kasih kerna
Kau sudah makbulkan doaku dan membuka hati anakku.Amin’ Hati kecilnya berdoa.
“Anggun Dahlia Saffiya, betul
ke apa yang umi dengar nie?”
Anggun Dahlia Saffiya mengangguk-angguk kepalanya.Dia tahu pasti uminya sedang
gembira sekarang kerana umi kalau gembira dan marah pasti akan menyebut namanya
dengan penuh tanpa nama singkatannya. Makcik Ummu memeluk Anggun dengan erat
dan mencium kedua belah pipinya.Dia sedikit lega kerana umminya tidak marah dan
merajuk lagi.
“Umi akan sampaikan khabar gembira nie kat Auntie
Aisya.Tentu dia, orang yang paling gembira sekali.”Anggun Dahlia Saffiya senyum
dan berlalu pergi menuju ke bilik membersihkan diri untuk menunaikan kewajipan
sebagai hambaNya.
Walaupun hatinya tidak dapat
terima pinangan ini tapi demi orang tua yang tercinta dia terpaksa berkorban
hati dan perasaannya.Walaupun hatinya kecewa tapi dia tidak mahu hati orang
yang dia sayangi turut kecewa.Dia akan berusaha menjadi isteri dan menantu yang
baik. Dia tidak mahu memalukan orang tuanya yang sentiasa menyayanginya. Mungkin
ini pengorbanan yang patut lakukan demi orangtua yang telah membesarkanya
dengan penuh kasih sayang.
Selesai bersiap dan sementara
menunggu waktu solat maghrib,Anggun Dahlia Saffiya mencapai telefon bimbitnya
untuk memberitahu Erna Suraya tentang keputusannya. Kawan baiknya itu perlu
tahu kerana Erna Suraya adalah orang yang sentiasa berada ketika dia memerlukan
pertolongan.Nombor telefon bimbit Erna segera didail.Kedengaran suara milik
Erna Suraya yang nyaring diluar talian.
“Heloo..Assalamualaikum
sahabatku yang tersayang.Ada apa cal aku maghrib-maghrib nie ?”
“Waalaikumusalam..aku nak bagitau kat kau yang
aku dah terima pinangan tu.”
“Apa !!!!”
Terkejut Erna Suraya mendengar kata-kata daripada Anggun Dahlia Saffiya.
Betulkah apa yang dia dengari ataupun dia tersalah dengar.Dia selalu pegang
kata-kata Anggun Dahlia Saffiya yang mereka tidak akan berkahwin dengan lelaki
yang tidak mereka cintai tapi kini Anggun Dahlia Saffiya yang melanggar
perjanjian itu.
“Aduhhhh cik kak oiii …bengit telinga aku
dengar suara kau yang dah macam pontianak mengurai!”
Anggun Dahlia Saffiya
menggosok-gosok telinga dan menjauhkan sedikit telefon bimbit daripada
telinganya.Kedengaran Erna Suraya ketawa terbahak-bahak.
“Sory-sory Makcik …aku terkejut aje.Kau dah buat keputusan dan kau dah
lupa ke prinsip yang kau buat untuk kita?”
Anggun Dahlia Saffiya terkenang kembali kata-katanya kepada Erna Suraya.Mereka
tidak akan berkahwin dengan lelaki yang mereka tidak cintai tetapi sekarang dia
yang melanggar prinsip itu.Mungkin ini sudah takdirnya dan dia harus pasrah.
“Aku tahu yang aku dah langgar
prinsip kita tapi aku buat semua nie untuk kegembiraan orang tua aku.Aku harap
kau akan sokong aku dalam hal nie? Erna..kau la kawan yang sentiasa faham aku.”
Hatinya sebak.Airmatanya kembali mengalir dan segera dia menyapu.Dia
mahu kawannya itu faham dengan keputusan yang telah diambil.Semua untuk
kebahagiaannya juga dan dia pasti ada cahaya diakhirnya nanti.
Erna Suraya menggeleng-geleng kepalanya.Kawannya itu hanya penting
perasaan orang lain daripada perasaan sendiri.Kalau itu keputusan yang terbaik
dan sebagai kawan, dia akan sentiasa sokong keputusan itu.
“Aku akan sokong apa jua keputusan yang kau
ambil.Aku gembira kalau kau bahagia. Aku nak jadi pengapit kau boleh
?kegembiraan kau ,kegembiraan aku juga kan?”
Anggun Dahlia Saffiya sedikit
ketawa.Dalam duka kawannya pandai menghiburkan hatinya dan kerana itu dia
terlalu sayang Erna Suraya .Nama yang cukup unik seperti orangnya yang baik
hati dan perangai yang gila-gila.Anggun Dahlia Saffiya tersengih sendirian
apabila teringat gelagat kawannya itu.
“Amboiii kau Erna … aku baru setuju
dengan pinangan nie tapi kau dah tempah nak jadi pengapit aku plk,apa kes nie ?
kau pun tak sabar nak kahwin ke?orang dulu kata kalau jadi pengapit akan
berjangkit daripada pengantin.”Erna Suraya ketawa terbahak-bahak.
“Apasalahnya kan ? aku pun nak kahwin
juga.Nanti kalau kau dah kahwin aku takde kawan lagi so aku pun nak juga ada
teman yang ada disamping aku.Takde la aku sunyi kalau kau takde nanti .Kau
doa-doa untuk aku juga ya?moga hubungan aku dengan Aiman Qusairi sampai ke
jinjang pelamin…Amin..”
“Belum tentu lagi perkahwinan
aku akan bahagia dan tak semestinya dia boleh jadi teman aku kalau aku ada
masalah.Kau lain la coz Aiman Qusairi cintakan kau tapi aku belum tentu Jazmir
Hariff cintakan aku?Mungkin dia juga sama seperti aku yang terpaksa berkorban
demi orang tua ?”
Sebak hati Erna Suraya memikirkan
perjalanan hidup kawan baiknya tetapi baginya Allah Maha Adil dan
Mengetahui.Mungkin masa depan hidup kawannya akan lebih bahagia berbanding
orang yang saling mencintai kerana orang yang berkorban demi orang tua akan
dipandang tinggi oleh Allah.
“Anggun … kita tak tahu apa akan terjadi
dimasa depan kita kan? mungkin kau akan bahagia lebih daripada aku dan hanya
Allah Yang Maha Mengetahui.Tak siapa yang tahu so jangan fikir yang
bukan-bukan.Aku sentiasa berdoa supaya kau akan bahagia dengan Syed Jazmir Hariff.Lambat-laun
cinta tu pasti akan datang dengan sendirinya dan ketika tu pasti kau orang yang
paling bertuah.”
“Thanks ya Erna dan kau kawan
yang paling baik.Sentiasa bagi semangat untuk aku.Kau kawan aku
selama-lamanya.Okey la..dah masuk waktu solat..byee assalamualaikum.” Selesai
berborak dengan kawan baiknya,Anggun Dahlia Suraya segera menunaikan solat maghrib.
Usai
solat Anggun Dahlia Saffiya menyediakan makan malam untuk ahli keluarganya. Eira
Suraya menolongnya memasak dan selepas semuanya selesai makan
malam,masing-masing merehatkan diri didalam bilik.Anggun Dahlia Saffiya
mencapai diari kesayangannya. Sudah berapa hari dia tidak menulis dalam
diarinya kerana keletihan.Pen kesayangan pemberian daripada Erna Suraya
semperna ulangtahun kelahiran yang ke 28 sudah berada didalam genggaman dan
tidak sabar-sabar untuk menari-nari diatas kertas diarinya
6 Januari ..8.30 mlm ..
Aku tak tahu adakah betul tindakan yang aku ambil nie ?? harap2 apa yang
aku lakukan membuat orang lain bahagia.Walaupun aku x pasti kebahagian akan
datang dalam rumah-tangga tanpa cinta.Tapi kata orang, x semestinya cinta yang
kita inginkan akan kita dapat so sebagai manusia kita hanya merancang dan Allah
yang menentukan segalanya.Ingin melihat Ummi dan Babah bahagia aku sanggup
lalukan apa saja.Walaupun terpaksa korban perasaan sendiri kerana tanpa mereka
aku xde kat dunia nie.Aku pasti Allah
telah merancangkan sesuatu yang terbaik untuk UmatNya.Cuma aku perlukan doa
orang-orang yang aku sayangi untuk aku tabah mengharungi dugaan yang akan
mendatang.Aku pasti aku boleh mengharunginya kerana Babah dan Ummi telah
memberi pelajaran yang secukupnya kepada aku dan Eira. Aku telah memberi kata
putus untuk menerima pinangan daripada Uncle Jazman sekeluarga.Mungkin betul
kata Erna yang nie adalah jodoh aku tapi aku masih was-was kerana takut tak
dapat menjadi isteri solehah dan menantu yang diharap-harapkan oleh Auntie
Aisya.Adakah Jazmir ikhlas menerima aku sebagai isterinya?Itu hanya Kau yang
Maha Mengetahui apa yang Kau rancangkan
untuk umatMu..
Thanks 4 my parents (Babah n Ummi..) my lovely sister (Eira..) n my sweet
friend(Erna) I U All … U all the best in the world n in my heart … J
JJ
Selesai
menulis diari Anggun Dahlia Saffiya terlelap …Dia tersedar ketika azan
berkumandang menandakan masuknya waktu solat subuh.Cepat-cepat dia bangun
memunaikan kewajipan sebagai hambaNya.Usai solat, Anggun Dahlia Saffiya kedapur
untuk menyediakan sarapan pagi untuk keluarganya sebelum bertolak ke kedai
bunga milik emak sedara sebelah Uminya.
Part 2
Datin
Aisya senyum meleret-leret apabila mendapat berita daripada Kakak Ummu kakak angkatnya.Menurut
kakak Ummu ,Anggun Dahlia Saffiya telah menyetujui untuk menerima pinangan
daripadanya.
Hatinya begitu gembira mendengar berita baik ini.Ini saat-saat yang dia
nanti-nantikan.Semoga anak sulungnya itu juga turut menyetujui pinangan
ini.Datin Aisya segera mendapatkan suami tercinta yang sedang berehat di laman
rumahnya.Kelihatan Dato Jazman Huzaimi sedang leka membaca surat khabar.
“Abang …”Panggil Datin Aisya.Kelihatan mukanya
berseri-seri.Dato Jazman Huzaimi memandang isterinya penuh tanda-tanya.Isteri
tercinta pagi ini kelihatan lebih ceria daripada sebelumnya.Hatinya gembira
apabila melihat kecerian pada wajah isteri tercinta.
“Kenapa Aisya ?”Dato Jazman Huzaimi
melipatkan surat khabar yang berada ditangannya.Dia memandang tepat kearah muka
ceria isteri tercinta yang berada berhadapan dengannya. Senyuman lebar terukir
di wajah Datin Aisya.
Sambil memegang kedua-dua belah tangan
suami tercinta dengan erat.Hanya mereka saja yang memanggil Anggun Dahlia
Saffiya dengan Saffiya kerana Datin Aisya suka dengan nama Saffiya.
“Kak Ummu ada call tadi dan dia
beritahu yang Saffiya dah terima pinangan dari kita.” Dato Jazman Huzaimi
tercengang mendengar perkhabaran itu.
“Yeke ? patut la isteri abang ceria
sangat hari nie ? rupa-rupanya apa yang dihajati telah dimakbulkan.”
Dato Jazman Huzaimi segera memeluk isterinya.Walaupun umur mereka sudah
mencecah separuh abab tetapi mereka masih romantik seperti orang tengah
bercinta dan saling menyayangi.Itu membuat rumah-tangga mereka bahagia.
Datin Aisya mengangguk-angguk
kepalanya.Dia membalas pelukkan isteri tercinta. Kelakuan mereka diperhati anak
bongsu mereka yang berjalan mendapatkan mereka berdua di halaman rumah.Syarifah
Jazmira Hanis merasa bangga mempunyai mama dan papa yang sentiasa romantic dan
saling sayang-menyayangi diantara satu sama lain walaupun sudah meniti
senja.Dia tersenyum sendirian.
“Pa,Ma both
of you look so romantic,is there something that you guy want to share with me?
It’s just make me jealous.”
Mereka berdua ketawa mendengar kata-kata daripada Syarifah Jazmira Hanis
anak perempuan tunggal mereka.
“Of course
sayang,Kak Saffiya dah terima pinangan daripada mama dan papa.I’m so happy.”
“Did Along know about it?”
Syarifah Jazmira Hanis sedikit keliru kerana dia tidak pernah tahu
tentang pinangan keluarga untuk abangnya.Setahunya ,alongnya itu seorang yang
dingin terhadap perempuan sejak pertunangannya terputus ditengah jalan.Sejak
itu impian family berkecai dan tiada sesiapa pun lagi mengungkit kisah
perkahwinan kerana takut along kesayangannya itu sedih.
“Actually his
does’nt know about this yet but mama ngan papa akan
usaha untuk along terima pinangan nie dengan hati yang terbuka.I hope you
can help us to make it happen..dear.” Datin Aisya memandang
anak bongsunya dengan penuh harapan agar keinginan mereka tercapai.
“Okey Ma..i try talk to along.Adik
harap dengan pinangan nie along akan berubah.Adik pun nak tengok along happy
dan ceria seperti dulu.Dah sampai masanya untuk along fikir pasal masa
depannya.Adik harap kak Saffiya dapat
lembutkan hati along yang keras macam batu tu.Adik teringin sangat nak berjumpa
dengan Kak Saffiya kerana dia telah mencuri hati mama dan papa adik.”
Syarifah Jazmira Hanis menghirup air tea panas dihadapannya.Datin Aisya
menyetujui kata-kata anak bongsu kesayangannya.Dato Jazman Huzaimi dan Datin
Aisya saling berpandangan dan membalas senyuman.
Dia tahu sejak anak lelaki kesayangannya itu
putus tunang beberapa tahun lalu,kelakuan anak lelaki sulungnya berubah.Dari
sikap yang peramah dengan perempuan bertukar menjadi dingin terhadap perempuan.
Sejak dari itu hati Datin Aisya gelisah kerana takut anak sulungnya itu
bertekad tidak mahu berumah-tangga. Syed Jazmir Hariff banyak menumpukan kerja dipejabat dan
menghabiskan masa bersama-sama client.
Sejak itu hatinya Datin Aisya
tidak senang dan selalu memikirkan tentang anak sulungnya.Sehingga dia bertemu
dengan Anggun Dahlia Saffiya dan Anggun Dahlia Saffiya adalah orang yang dapat
memberi kebahagian dan mengubah anaknya.Dia bersyukur dengan pertemuan yang
tidak dijangka itu.Datin Aisya termenung jauh mengingatkan kembali apa yang
berlaku terhadap anak sulung kesayangannya.
“Ma..Why
?”
Syarifah Jazmira Hanis memegang erat tangan mama kesayangannya sambil
mencium kedua-dua belah pipi gebu milik mamanya.
Dia
tahu mamanya orang yang paling runsing memikirkan masa depan anak-anak terutamanya
along yang sudah berubah sikap sejak pertunangannya putus disebabkan kecurangan
tunangan sendiri iaitu Syarifah Hezlin.Along terlalu mencintai Syarifah Hezlin
sehingga memberi kesan yang mendalam terhadap dirinya.Syarifah Hezlin Syed Mohsin
adalah anak sedara sebelah papanya.
Sejak kejadian itu ,Mama menjadi renggang dengan Pak Ngah sekeluarga
iaitu Papa kepada Syarifah Hezlin.Mamanya sangat marah kepada anak sedaranya
yang dulu mama orang yang paling menyayangi Syarifah Hezlin kerana pandai
mengambil hati kedua orang tuanya.
Hubungan keluarga kedua pihak menjadi renggang akibat kejadian itu.Hatinya
pedih dan sangat marah kepada Syarifah Hezlin sehingga hubungan yang dulu
sangat rapat.
Kini menjadi sangat renggang.Dia pernah memaki-hamun Syarifah Hezlin
kerana membuat alongnya menderita tetapi sekarang dia berharap pilihan mamanya
kali ini tepat dan Saffiya akan menjadi kakak,anak pompuan dan isteri yang baik
untuk keluarga mereka.
Mama kembali ceria sejak pulang dari bercuti di Langkawi.Pelbagai cerita
yang dia dengari daripada mamanya tentang pompuan yang bernama Saffiya.Teringin
sekali melihat orang yang sentiasa meniti dibibir mamanya.
Setiap kali nama kak Saffiya meniti dibibir, mamanya kelihatan begitu
semangat dan ceria.Mamanya tidak seperti dulu yang sentiasa diam dan bermuram
apabila nama along disebut dalam perbincangan diantara mereka kerana Mama yang
paling sedih dengan apa yang terjadi.
Syarifah Jazmira Hanis pasti along orang yang paling terluka tetapi dia
tahu along tabahkan hati didepan semua orang terutamanya mama kerana mama ada mengidap
sakit jantung. Diwajah along tergambar hati yang teramat luka dengan
pengkhianatan yang dilakukan oleh tunang yang dia cintai sejak mereka
bersama-sama belajar di Universiti Oxford London dalam jurusan Business Study.
Tapi didepan semua orang,along berpura-pura tidak terluka dengan apa
yang berlaku dan menganggap ini adalah ketentuan Allah.Jodoh semuanya ditangan
Allah kata along apabila dia mencaci Syarifah Hezlin dan along selalu
menasihatinya supaya jangan berdendam dengan Pak Ngah sekeluarga.
Tapi sebagai adik yang terlalu rapat,dia tahu yang hati along sangat
terluka sampaikan along tidak pernah lagi memikirkan tentang mendirikan
berumah-tangga dan menumpukan sepenuh perhatiannya kepada pekerjaan.Dia ada
juga memperkenalkan along dengan kawan-kawan perempuannya tetapi ditolak keras
oleh along kerana kata along biarlah Allah yang mempertemukan jodohnya.
“Nothing sayang,mama
gembira sangat yang along akan berumah-tangga juga akhirnya.”Jelas terpancar
kegembiraan diwajah Datin Aisya. Syarifah Jazmira Hanis menatap wajah keceriaan
mamanya dan terserlah keanggunannya.
Datuk Jazman Huzaimi hanya tersenyum mendengar perbincangan diantara
isteri tercinta bersama-sama anak perempuan tunggal mereka.Dia tidak risaukan
anak bongsunya tetapi terlalu risaukan anak sulungnya yang terlalu fikirkan
kerja daripada kehidupannya sendiri.Dari jauh kelihatan anak sulungnya berjalan
menuju kearah mereka dengan senyum terukir dibibir.
Biasanya hari minggu hari berkumpul bagi mereka semua.Datin Aisya
meletakan syarat supaya semua orang tidak boleh kemana-mana pada hari
minggu.Mereka semua kena berkumpul dan menghabiskan masa bersama-sama dengannya
kerana hari lain semuanya sibuk dengan kerja masing-masing.
Syed Jazmir Hariff mengambil tempat
bersebelahan dengan Syarifah Jazmira Hanis.Dia memerhati muka mamanya yang
sedikit ceria pada pagi ini.Pelik rasanya kerana mamanya tidak pernah seceria
ini sejak pertunangannya bersama Syarifah Hezlin terputus. Terakhir dia melihat
semua orang gembira semasa majlis pertunangannya bersama-sama Syarifah Hezlin.
‘Apa kena dengan semua
orang nie.’Bisik hati kecilnya.
“Adik…cerianya mama hari nie ? nape ya
dik dan tak nak kongsi dengan along ke?” Sambil tangannya
menggosok kepala adik pompuan kesayangannya.
Dia segera mencapai karipap yang berada dihadapannya dan memasuki
kedalam mulut lalu mengunyah.Syarifah Jazmira Hanis senyum kambing memandang ke
arah alongnya sambil mengangkat kedua-dua bahunya.
“I don’t know ?tanya sendiri mama.”
Syarifah Jazmira Hanis
menjelir lidahnya. Datin Aisya dan Datuk Jazman Huzaimi ketawa melihat gelagat
putera dan puterinya kesayangan mereka.Datin Aisya dapat merasakan kegembiraan
dan kecerian akan kembali dalam rumah mereka nanti.
“Pa..ma …tengok along
nie?”
Geramnya hati Syarifah
Jazmira Hanis apabila alongnya mengusap kepalanya dengan laju kerana pertanyaan
daripada alongnya tidak dijawab olehnya.Syarifah Jazmira Hanis menarik muka
masam apabila tidak mendapat sokongan daripada mama dan papanya.Alongnya ketawa
terbahak-bahak apabila dapat mengusiknya.
“Along..kesian adik
tu ..jangan ganggu dia lagi.”Pinta Datin Aisya apabila melihat muka anak dara
kesayangannya masam mencuka.Syarifah Jazmira Hanis kembali tersenyum apabila
mendengar mama memihak kepadanya.
“Hahaha..kedengaran
suara alongnya ketawa.Biarkan dia ma…dah besar panjang masih manja lagi..Adik
dah umo 25 tahun tahu so dah boleh kawen pun?”
“Elehhhh ..Along
pun sama gak..dah tua pun masih duk bawa ketiak mama.Ingat-ingat laa along
kalau along kawen pasti dah anak dua tiga.nie tak manja lagi.Kalau adik jadi
girlfriend along pasti merana coz nak layan perangai along yang giler-gilerr tu?”Perli
Syarifah Jazmira Hanis apabila melihat alongnya mengambil tempat disebelah
mamanya dan memeluk mamanya erat.
“Bertuah pompuan
tu kalau dia dapat along tahu?abang adik yang sorang nie kan baik
hati,bertanggungjawab,sopan-santun malah hormat orang tua kan mama kan?”
Syed Jazmir Hariff
menanyakan kepada Datin Aisya.Datin Aisya mengangguk-angguk kepalanya .
“Perasannyerrrrrr
abang adik sorang nie ya?bukan bertuah sape yang dapat along tapi merana seumur
hidup tahu ?perangai along yang kejap macam ombak tu larrr…kejap surut kejap
pasang..kejap okey kejap ko…”
Syarifah Jazmira Hanis
cepat-cepat menyelamatkan diri apabila melihat along seperti ingin
menerkamnya.Dia segera melarikan diri dan melabuhkan punggungnya bersebelahan
Datuk Jazman Huzaimi sambil memeluk erat pinggang papanya.Dia menjuihkan mulut
kearah alongnya.
“Sudah….macam
budak-budak along ngan adik nie ! dua-dua dah boleh kawen pun tapi perangai
mengalahkan budak-budak tadika.”
Kedengaran suara
Datin Aisya mencelah.Syrifah Jazmira Hanis menjelirkan lidahnya kearah alongnya.
“Along yang patut
kawen dulu bukan adik la ..mama.”Mendarat bantal ke atas muka Syarifah Jazmira Hanis
yang dilemparkan alongnya.
“Mama..tengok
along nie?”
Syarifah Jazmira Hanis
menarik muka masam kerana geram dengan alongnya.Datuk Jazman Huzaimi hanya
tersenyum melihat gelagat anak-anaknya.
“Along…dah la
ganggu adik tu.Along…mama cakap sikit boleh tak?”
Datin Aisya
memandang tepat kearah anak lelaki kesayangannya.Syed Jazmir Hariff
mengangguk-angguk kepalanya.
“Mama dengan
papa dah lamar seseorang untuk along.Kitaorang harap along dapat terima
pertunangan nie?”
“Tapi Ma…..Along tak nak
dan along tak boleh terima orang yang along tak cinta.Tolong la Ma…jangan paksa
along.”Rayu Syed Jazmir Hariff.
“Along…adik
rasa nie yang terbaik untuk kebahagian along.Adik dapat rasakan yang kak
Saffiya adalah pilihan mama yang tepat.Adik nak along lupakan Kak Hezlin kerana
dia bukan gadis yang baik dan lupakan kisah lama.Mulakan hidup baru.”Pinta Syarifah
Jazmira Hanis.
“Betul tu
along..Papa sokong apa yang adik cakapkan tu..Saffiya seorang gadis yang baik
dan papa dapat rasakan along akan bahagia dengan Saffiya.Papa dan mama nak sangat
along dan Saffiya bersatu malah boleh
mengeratkan lagi silaturahim yang sudah terjalin diantara kita dengan keluarga
Saffiya.”Celah Datuk Jazman Huzaimi.
“Mama nak
along bahagia dan lupakan Hezlin kerana dia along jadi macam nie kan?mama nak along
mulakan hidup baru dan Saffiya adalah orang yang tepat boleh membahagiakan
along.”kata Datin Aisya sedikit sebak.
Syarifah Jazmira Hanis
bangun mendapatkan alongnya sambil memeluk erat abang tersayang.Airmatanya
mengalir sedikit.Dia sebak mengenangkan kejadian yang menimpa abang tersayang.
“Along…papa
nak tengok along bahagia dan dapat wanita yang baik.Papa tahu yang Saffiya
boleh berikan kebahagian itu pada along.”Kata Datuk Jazman Huzaimi sambil
menepuk bahu anak lelakinya.
Semua orang puji Saffiya dan tidak ada
sedikit pun yang mengutuknya. Bolehkah
pompuan yang bernama Saffiya memberi
kebahagian yang diharapkan semua orang terhadap aku.Dulu Syarifah Hezlin juga
begitu tetapi akhirnya belangnya terbongkar.Tetapi aku tidak menyalahkan
Syarifah Hezlin kerana aku tidak banyak memberi tumpuan kepadanya.
Aku terlalu
sibuk dengan kerja sampaikan terabai orang-orang disekelilingku. Aku takut
kebahagian yang diharapkan oleh mama dan papa akan kecundang ditengah jalan
kerana tidak ada cinta dan kasih-sayang.Fikir Syed Jazmir Hariff. Dia terdiam
seketika.Malas rasanya untuk membangkang kata-kata famili kerana merasa kesian
kepada mereka terutama mama yang terlalu mengharap dia berumah-tangga dan
keinginan memiliki cucu.
“Kalau mama
dan papa dah buat keputusan,apa yang along boleh lakukan?along serahkan
semuanya tentang majlis tu dan along tak nak ambil tahu coz along terlalu sibuk
sekarang nie.”
Mereka semua
saling berpandangan dan tersenyum gembira apabila mendengar kata-kata daripada
Syed Jazmir Hariff.
Syed Jazmir
Hariff malas hendak memikirkan tentang
majlis pertunangan itu kerana dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.Dulu
semasa majlis pertunanganya dengan Syarifah Hezlin ,dia orang yang terlalu
sibuk menguruskan majlis itu.
Tetapi
akhirnya majlis itu terputus juga seperti pepatah melayu “Harapkan panas hingga
ke petang ,rupa-rupanya hujan ditengah hari.”
Dia tidak mahu
peristiwa itu kembali lagi.Dia sudah penat berpura-pura tabah didepan semua
orang dan sedangkan hatinya betul-betul hancur berkecai seperti kaca yang jatuh
berderai dilantai.Perempuan yang sangat dia cintai ,sanggup menghancurkan
hatinya dan sejak peristiwa itu dia takut untuk mencintai dan dicintai.
Syed Jazmir
Hariff meminta diri untuk menunaikan
solat Asar apabila kedengaran azan berkumandang.Dia menadah tangan memohon ampun
sebagai hambaNya yang keldil.
“Ya
Allah..aku sebagai hambaMu yang keldil memohon ampun atas segala-gala dosa yang
aku lakukan secara sengaja atau tidak sengaja.Aku memohon Engkau tabahkan
hatiku untuk mengharungi dugaan-dugaan dariMu.Ampuni segala dosa kedua orang
tuaku dan adikku tersayang.Redhai kehidupan mereka semua…
Ya
Allah..kalau pertunangan ini yang terbaik untukku ,Engkau bukakan hatiku untuk
menerimanya dengan ikhlas kerana aku tidak mahu orang-orang yang aku sayangi
kecewa lagi.Kalau Saffiya adalah pompuan yang Engkau takdirkan jodohku,Engkau
bukakan hatiku untuk mencintainya.Engkau bukakan hatiku menerima dengan hati
yang ikhlas dan Engkau tunjukkan jalannya.Sesungguhnya aku hambaMu yang
lemah..Amin..” Syed Jazmir Hariff menyapu kedua-dua belah tangannya dimuka.
Usai solat
asar , Syed Jazmir Hariff termenung
dicoridor biliknya.Rumah banglo dua tingkat milik orang tuanya tersergam indah
berlatar-belakangkan kehijauan pokok-pokok.Dari jauh kelihatan bangunan KLCC.
Pemandangan
yang indah pada waktu malam dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa membuat hati sesiapa yang resah akan damai
apabila menghayatinya.Kelihatan cahaya yang terang-benderang sangat indah
ketika tibanya waktu malam.
Dia terkejut sambil
mengurut dadanya apabila kedengaran ketukan pintu biliknya bertalu-talu dan dia
segera berjalan kearah pintu untuk melihat siapa gerangannya yang telah
menganggunya.Kelihatan wajah comel Hanis tersengih-sengih seperti kerang busuk
berada didepan pintu.
“Ohhh…rupanya
budak comot yang ganggu along ya?”
Tangan Syed Jazmir
Hariff dengan pantas mencubit pipi gebu
milik adik kesayangannya.Syarifah Jazmira Hanis menarik muka masam sambil
menepis tangan alongnya kerana pipinya merasa pedih atas cubitan abang
kesayangannya.
“Sakit la
along.Comot-comot pun adik kesayangan along juga kan?”
Syarifah
Jazmira Hanis segera menolak badan alongnya dan segera menghempaskan badannya
diatas tilam empuk milik alongnya.Syed Jazmir Hariff berjalan kembali kekoridor untuk menyedup
udara yang segar dan ingin mendamaikan hatinya yang resah ketika ini.
Syarifah
Jazmira Hanis melihat muka resah along segera berjalan dan memeluk bahu abang
kesayangannya dari belakang.Mereka berdua terlalu rapat sehinggakan kalau
terjadi sesuatu diantara mereka pasti salah seorang akan terasa dan sedih.
Syarifah Jazmira Hanis
tahu yang alongnya kini sedang resah memikirkan tentang majlis pertunangan yang
diaturkan oleh mama dan papanya.Sebagai adik,dia harus menghiburkan hati
alongnya.
“Along….”
Syed Jazmir
Hariff menoleh kearah adiknya dan tersenyum kelat apabila namanya disebut.Dia
menarik adiknya berada disampingnya dan memeluk bahu adik kesayangannya.Dia
tahu yang Syarifah Jazmira Hanis terlalu risau memikirkan tentang dirinya sejak
pertunangannya dengan Syarifah Hezlin putus beberapa tahun yang lepas.
“Adik
,tak usah risau dan along tak apa-apa.Kalau pertunangan ni terbaik untuk semua
orang,along akan lakukannya.”
Syed
Jazmir Hariff memandang kearah bangunan
KLCC yang tersergam indah.Dia berharap hatinya seteguh bangunan KLCC.
“Adik
bangga dengan along,adik nak ajak along pegi bercuti kat Pulau Langkawi dan
dengan itu along boleh mengenali kak Saffiya dengan lebih dekat lagi.Adik pasti
suatu saat nanti hati along akan suka dan cintakan kak Saffiya.”
“Tak
boleh adik coz along banyak keja kat pejabat.Biarlah majlis pertunangan nie
berlangsung tanpa along mengenalinya dan along pasti pilihan mama dan papa
adalah terbaik.”Tenang suara Syed Jazmir Hariff berbicara walaupun hatinya tidak tenang.
“Taknak….along kena juga pegi dan papa dah sign surat cuti along selama
seminggu.Kita pegi esok dan adik nak kemas barang-barang along sekarang juga.”
Syed Jazmir
Hariff tercengang mendengar kata-kata adiknya
dan matanya melirik kearah Syarifah Jazmira Hanis yang sedang berjalan kearah
almari bajunya.
‘Budak nie biar betul ?takkan esok dah nak
pegi kot?’bebelnya dalam hati.
“Adik
…esok ke kita nak pegi ?kenapa cepat sangat?mama dan papa pegi juga ke?”
Kelihatan
Syarifah Jazmira Hanis menggangguk-angguk kepalanya sambil tangannya
mengeluarkan baju-baju alongnya dan memasukkan kedalam beg pakaian.
“Kita berdua aje..Adik dah call
tempah tiket flight so
esok kita bertolak..Adik nak tenangkan hati along yang resah tu kat sana dan
adik rasakan Pulau Langkawi yang paling sesuai dengan jiwa along.Adik nak along
kenal kak Saffiya dengan lebih rapat sebelum perkahwinan nie terjadi.”
Syed Jazmir
Hariff geram dengan adik kesayangannya
itu kerana apa yang dia kehendaki pasti dia dapatkan tanpa berbincang dengan
orang lain. Dia terpaksa menurut kehendak adik kesayangan kerana tidak mahu mendengar
leteran daripada mamanya.
Selesai Syarifah Jazmira Hanis mengemas baju alongnya ,dia segera keluar
dari bilik alongnya.Dia segera mendapatkan mama dan papanya dilaman rumah
kerana ingin memberitahu yang alongnya setuju untuk ke Langkawi.
Dari
jauh kelihatan papanya memeluk erat pinggang mamanya sambil melihat ikan-ikan
emas berenang-renang sesama didalam kolam.Dia gembira mempunyai ibu-bapa yang
begitu romantic dan saling menyayangi,walaupun sudah meningkat usia.Dia selalu
ingin kebahagian seperti mama dan papanya,jika suatu masa dia berumah-tangga.
“Mama ngan papa nie,romantic giler ..Adik jealous tahu ?”
Kedengaran
suara Datin Aisya ketawa.Syarifah Jazmira Hanis mengambil tempat diantara mama
dan papanya.Dia tahu yang papa terlalu sayangkan mama sehingga papa sanggup
menyerahkan syarikat kepada along kerana ingin menjaga mama yang disahkan
mendapat penyakit jantung.Dia juga tahu yang along sanggup menerima pinangan
ini demi mama.Mereka semua tidak mahu mama risau dan akan berusaha untuk
membuat mama gembira.
“Adik dari mana dan mana along ?selalu masa nie along ngan adik ada-ada
saja keja yang nak dibuat .Sampaikan takde masa nak berborak ngan mama dan
papa?nak keluar jumpa kawan la ,nak shopping la ..”kata Datin Aisya.
Syarifah
Jazmira Hanis tersengih-sengih mendengar mama memerli dirinya. Tangan segera
mencapai makanan ikan emas yang berada didalam genggaman papanya dan
melemparkan kedalam kolam.Kedengaran kocakan-kocakan air kolam apabila
ikan-ikan emas berenang-renang apabila saling berebut-berebut makanan yang
berada didasar air.
“Along kat dalam bilik.Adik nak bagitahu mama dan papa yang along dah
setuju nak pegi Langkawi esok so fligt kitaorang ke Langkawi pukul 8 malam.”Datin
Aisya tersenyum memandang anak bongsunya sambil memeluk erat.Dia gembira kerana
anak sulungnya bersetuju untuk berjumpa dengan Saffiya ,gadis pilihan hatinya.
“Yeke adik ? nada Datin Aisya sedikit terkejut.
“Nak mama dan
papa pegi hantar ke KLIA ke?thanks adik.”
“Boleh juga kalau papa takde apa-apa agenda.Takpe ma, adik lakukan semua
nie untuk kebahagian along dan adik nak lihat along seperti dulu yang sentiasa
gembira.”
Datuk
Jazman Huzaimi menggeleng-geleng kepalanya tanda tiada sebarang agenda.Dia
turut gembira mendengar berita ini.Impiannya untuk menyatukan Anggun Dahlia
Saffiya dengan Syed Jazmir Hariff akan
terlaksana kerana dia benar-benar ingin berbesan dengan Abang Munir dan kak
Ummu.Syarifah Jazmira Hanis mengangguk-angguk kepalanya.