Cinta senget

Part 3
                                         Anggun Dahlia Saffiya  ke kedai bunga milik emak sedaranya seperti biasa.Sejak pembantu kedai bunga Mak Usu berhenti Anggun Dahlia Saffiya yang selalu datang menolong setiap hari kerana dia merasa kesian melihat Mak Usunya ke sana ke mari seorang diri dan terpaksa membuat kerja sendirian.
                                           
                                    Dia menjalankan tugasnya seperti biasa mengemas bunga-bunga yang berselerakan diatas meja dan menyiram pokok-pokok bunga ros yang berada didalam baldi diluar kedai.Leka menyiram pokok-pokok bunga Anggun Dahlia Saffiya tidak sedar dia melanggar seseorang bersebelahan dengannya.

                                      Anggun Dahlia Saffiya segera meminta maaf  namun sedikit pun pemuda disebelanya membuat endah tidak endah dan pemuda itu berlalu masuk ke dalam kedai bunganya.  Anggun Dahlia Saffiya berjalan membontoti  pemuda didepannya dengan perasaan sebal kerana melihat dari perwatakkannya  pemuda itu  seorang yang sombong dan berlagak.
                                         
                                        “Selamat datang ke Elisya Florist dan apa-apa yang boleh saya bantu Encik?”
                                      
                                        Anggun Dahlia Saffiya memberi senyum kepada pemuda dihadapan namun sedikit pun senyuman yang diberi mendapat balasan.Muka pemuda dihadapannya tampak serious.
                                    
                                      ‘Eeee…aku tahu kau hensem tapi kalau berlagak buat apa?tak nak aku dapat suami macam kau dan kalau dalam dunia nie hanya ada kau sorang aje lelaki,aku sanggup tak kawin pun takpa.Sombong mengalahkan menteri pulak dan menteri pun tak sombong macam kau.Simpang malaikat 44 la ,aku nak terima orang macam kau!’omel Anggun Dahlia Saffiya sekadar dalam hati.Muka berkerut-kerut menahan geram dengan pemuda yang berdiri dihadapannya.
                              
                                     Melihat muka gadis didepannya berkerut-kerut,Syed Jazmir Hariff tersenyum dalam hati.Dia sengaja mengenakan gadis dihadapannya kerana hatinya ketika ini berdebar-debar dan berdegup-degup dengan kencang.Dia takut hatinya akan terpikat pada si gadis sedangkan dia akan ditunangkan dengan seseorang yang tidak dikenali.
                     
                                    “Tak perlu.. I tengok-tengok aje.Kat sini ada jual bunga ros tak? kalau ada I nak bunga ros merah 3 kuntum,ros putih 3 kuntum dan ros kuning 3 kuntum ,boleh ke?”
         
                                        ‘Apa mamat nie ? tadi bukan dia tengok ke bunga ros kat depan pintu dan sekarang boleh tanya aku pulak ? mamat nie senget ke apa?entah-entah tadi dia asyik tengok aku yang cantik nie kot sampaikan bunga berada depan mata pun tak nampak?kalau terpikat kat aku cakap aje,boleh dirunding la..’Anggun Dahlia Saffiya tersengih-sengih sendirian apabila mendengar kata-kata hatinya.

                                       ‘Ehhhh …minah nie aku tanya boleh senyum sorang-sorang pulak?’bisik hati kecil Syed Jazmir Hariff.

                                       “Minah berangan oiii.. you nak jual bunga ke nak berangan ? Kalau nak jual bunga,buat cara nak jual bunga bukan tersenyum sorang-sorang.Kalau nak berangan tutup kedai balik rumah aje,boleh berangan puas-puas dan tak payah makan gaji buta.”Tegas Syed Jazmir Hariff menutup getaran dihatinya.Senyuman si gadis telah memikat hatinya.

                                      ‘Sedapnyerrrr mulut kutuk aku? Boleh pulak kata aku makan gaji buta dan kalau aku makan gaji buta pun kau kisah apa? bukan kau yang bayar gaji aku tahu?’

                                    Sakitnya hati Anggun Dahlia Saffiya apabila mendengar kutukan daripada pemuda sombong dihadapannya. Terasa hendak cili-cili mulut pemuda dihadapanya dan sebagai pekerja berdedikasi dia harus sabar dengan kerenah customer-customer.

                                     “Mamat senget oiii .. Saya rasa awak yang buta coz tadi bukan awak tengok ke saya menyiram bunga ros kat depan sana ataupun awak tak focus pada bunga tu tapi encik focus pada saya kan ? sebab tu encik tak nampak bunga ros yang banyak kat luar tu?” Anggun Dahlia Saffiya tersenyum perli dan mengangkat-angkat keningnya.Kelihatan muka pemuda didepannya tercengang-cengang.

                               ‘Ambil kau !! nak sangat perkena aku ya?’Hati Anggun Dahlia Safiiya puas dapat mengenakan pemuda itu.

                              Syed Jazmir Hariff  ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata gadis dihadapannya. Kelakar juga gadis  itu.Perasan tidak habis-habis namun ada benarnya kata pompuan didepannya kerana dia tidak focus kat bunga ros tetapi dia terlalu lalai melihat wajah pompuan didepannya yang tidak jemu dipandang tetapi perangai Arggggg ..Allah saja yang tahu..Mulut macam longkang.Sempat lagi dia mengutuk pompuan didepannya.

                            ‘ Aduhhhh…napa kau ketawa macam tu?buat aku jatuh cinta pulak.Padan muka aku tadi ego sangat ,takkan jatuh cinta kat mamat tu,walaupun ada sorang orang macam dia kat dunia nie dan sanggup membujang sampai ke tua konon.Sekarang dah jatuh cinta.. huhuhuh.. tak boleh aku akan ditunangkan dengan orang lain so aku tak boleh jatuh hati kat mamat senget nie.’

                           “Heloooo…”

Syed Jazmir Hariff  melambai-lambai tangannya didepan muka Anggun Dahlia Saffiya dan Anggun Dahlia Saffiya tersedar dari khayalan.

                         “Kan I dah kata kalau nak berangan balik rumah aje,I rasa-rasa bukan I yang focus tengok you tapi you yang terlalu focus tengok I kan ? tengok I sampai tak berkelip-kelip mata tu dan untuk pengetahuan you, I takkan terpikat kat you.”Bertambah-tambah sakit hati Anggun Dahlia Saffiya  mendengar kata-kata pemuda didepannya itu.Anggun Dahlia Saffiya  menjuihkan mulutnya.

                          “Eeeeeee ….perasannya awak nie? Sory ya , saya takkan jatuh cinta kat awak tahu ? mulut macam longkang dan berlagak giler . Kalau awak sorang tinggal kat dunia nie ,saya sanggup membujang sampai ke tua tahu?”Anggun Dahlia Saffiya  meneruskan kerja yang terbengkalai dan makin dilayan makin hatinya sakit dengan kata-kata mamat senget didepannya.

                      “Mulut tu cakap aje dan I tahu kalau tinggal I sorang kat dunia nie pasti you orang pertama yang berebut-rebut nak jadi girlfriend I kan? You malu nak bagitahu kat I yang you dah jatuh cinta pandang pertama kat I kan?”Syed Jazmir Hariff  sengaja mengusik gadis itu.

                      Muka  Anggun Dahlia Saffiya  kemerah-merahan menahan geram.Bertambah-tambah sakit hatinya mendengar kata-kata daripada mamat senget didepannya.Aku tahu la muka kau serupa  pelakon korea Lee Min Hoo tapi agak-agak nak perasan pun ? Hati aku nie pun satu ,takde orang lain ke nak jatuh cinta pun?aku harap anak auntie Aisya boleh tandingi mamat senget nie dan kalau tak mampus aku..hihihi..Hati ni punya pasal la dan kenapa berdebar-debar pulak ? control Anggun..control.. Jangan buat malu kat depan mamat senget nie.Kenapa pulak nama anak auntie Aisya pulak yang aku sebut ? bukan dalam kes nie aku kena kahwin paksa ke ? aduhhhh ..hati kecil Anggun menjerit.

                    “Malas saya nak bergaduh dengan mamat perasan macam awak nie so awak nak beli ke  tak ? kalau tak baik awak pegi aje dari sini ? kan bertambah pula dosa saya coz bergaduh dengan awak .”

                 “Adakah patut you layan customer macam nie? Kalau I jadi bos, I akan pecat pekerja macam you tahu?suka-suka hati aje halau customer dan macam mana nak maju kalau asyik masam muka tu ?memang sah you sedang berangan coz tadi I dah bagitahu nak bunga apa kan?”

                “Bagaimana saya nak layan customer pun awak peduli apa?vbukan kedai awak , kalau sekali pun awak jadi bos saya dan saya pun tak hingin bekerja ngan awak.vKalau muka saya masam sekali pun,ada saya minta duit dari awak ke ?” Anggun Dahlia Saffiya  menjuihkan mulutnya dan berjalan keluar utuk mengambil bunga-bunga yang dipesan oleh pemuda tadi kerana malas hendak bertekak lagi.

                    Anggun Dahlia Saffiya mengubah bunga-bunga ros yang diminta oleh pemuda itu dengan segera kerana malas hendak melayan kerenah yang menjengkelkan.Makin dilayan makin hatinya sakit mendengar kata-kata daripada pemuda itu.Dia memberikan bunga-bunga ros yang sudah siap digubah kepada pemuda dihadapan kerana dia mahu pemuda itu segera beredar dari kedai bunganya.

                  “Hey Minah berangan, takde jual kad ke ? I nak tulis dan letakkan kat bunga ni?”Tanya Syed Jazmir Hariff  tanpa menyambut bunga yang diberikan Anggun Dahlia Saffiya .Matanya melirik kearah gadis didepannya yang seperti lipas kudung mencari tempat yang dipamerkan kad-kad ucapan. Dia ingin ketawa melihat gelagat gadis itu tetapi ditahannya.

                   “Tak nampak ke kat depan mata awak tu Mr MS ? kalau rak tu hidup tentu dia akan cakap seperti nie ‘Hai Mr MS saya disini,awak tak nampak saya ke yang cantik nie ataupun awak buta’ohhhh … lupa saya yang pasti rak tu pun tak akan tegur awak kerna meluat dengan perangai awak yang mulut macam longkang tu.”

                   Anggun Dahlia Saffiya terus berlalu apabila melihat emak sedaranya menuju kearah mereka.Sebal dia dengan perangai pemuda itu.Apabila berada dihadapan Mak Usu Ana,Anggun meminta izin untuk keluar lunch kerana perutnya merasa lapar dan hatinya yang tengah panas ketika ini dengan perangai Mr MS yang ego itu.

                “Mak Usu ,Anggun nak keluar ambil angin jap kerna kat dalam nie panas dan ada seekor tikus mondok.Mak usu jaga-jaga tau takut pulak mak usu kena gigit pulak nanti.Ehhh lupa pulak yang tikus mondok nie tak gigit orang tapi mulut dia aje yang berbau longkang.” Anggun Dahlia Saffiya mengangkat kedua-dua belah keningnya.Kelihatan muka Mak Usu kebingungan mendengar kata-kata dari Anggun.

                “Anggun… kan ada customer tu,napa tak layan ?” Mak Usu Ana berjalan menuju kearah pemuda yang ditujukan oleh Anggun Dahlia Saffiya dengan kata-kata yang kurang enak.Apa yang pemuda itu lakukan terhadap Anggun Dahlia Saffiya sampaikan anak sedaranya itu mengeluarkan kata-kata yang kurang enak.Dia tahu dengan perangai anak sedaranya yang sorang ini,kalau orang tidak menyakitkan hatinya pasti dia akan melayan orang dengan baik.

                “Mak Ucu aje yang layan tikus mondok tu ya ? Anggun malas la nak layan kerna perut Anggun merasa mual dan nak muntah tengok muka tikus mondok tu.”Anggun Dahlia Saffiya  terus berjalan tanpa menghiraukan panggilan Mak Usu Ana.

                   “Anggun…Anggun…Anggun…Ada-ada aje budak nie,dah boleh jadi mak orang pun tapi ..Mak Usu Ana menggeleng-geleng kepalanya melihat gelagat Anggun.Perangai seperti budak-budak ,walaupun umur sudah meningkat tapi hatinya baik”Omel Mak Usu Ana sambil tersenyum sendirian.Mak Usu Ana berjalan mendapat pemuda yang sedang berdiri memerhati kad ucapan yang dipamerkan tanpa menghiraukan mereka.Tetapi ada sedikit perubahan diwajah pemuda itu.

                 “Encik  nak cari apa dan boleh Mak Usu bantu ? Mak usu minta maaf  bagi pihak anak sedara Mak Usu tadi.Mulutnya memang celupar sikit tapi hatinya baik.”Mak Usu Ana menggelarkan Mak Usu kepada pemuda dihadapannya.

                 “Takpe Mak Usu , panggil saya Jazmir aje.Saya yang bersalah tadi kerana buat dia terasa.Siapa nama dia  , kalau boleh saya tahu?”Tanya Syed Jazmir Hariff.

                   “Panggil dia Anggun.Anak sedara Mak Usu tu memang mulut dia laser sikit dengan orang yang dia tak kenal dan orang membuat hatinya sakit tetapi kalau sekali orang buat baik dengannya, sepuluh kali dia akan balas kebaikkan itu.”

                     Syed Jazmir Hariff  mengangguk-angguk kepalanya.Syed Jazmir Hariff  segera membayar harga bunga dan kad apabila mendapat panggilan daripada adik kesayangannya menyuruh dia pulang ke hotel kerana sudah lama dia keluar meninggalkan adiknya itu keseorangan didalam bilik hotel. Syed Jazmir Hariff  meminjam pen dan memcoretkan sesuatu.Sebelum dia keluar dari kedai bunga itu dia menghulurkan sekeping kad kepada Mak Usu Ana untuk diberikan kepada Anggun.

                     Setengah jam berlalu , Anggun berjalan masuk ke dalam kedai bunga Mak Usu Ana.Dia mendapatkan Mak Usu Ana yang sedang mengubah bunga yang ditempah pihak hotel.

                      “Rajinnya Mak Usu Anggun nie.”Sambil tangannya memegang sekuntum bunga plastic.

                      “Anggun makan kat mana tadi ?  tak bungkus untuk Mak Usu Ana ke?”Anggun Dahlia Saffiya menampar dahinya tanda terlupa.Dia tersenyum seperti kerang busuk apabila melihat muka Mak Usu Ana masam.

                       “Anggun minta maaf .Anggun terlupa dan Anggun ingatkan Mak Usu dah makan tadi ?” Geram punya pasal dengan mamat senget tadi , sampaikan dia terlupa hendak bungkuskan makanan untuk Mak Usu Ana. Mak Usu Ana kembali tersenyum apabila Anggun Dahlia Saffiya memegang tangannya meminta maaf.   

                       “Anggun ..”Panggil Mak Usu Ana sambil menghulurkan sesuatu kepada Anggun Dahlia Saffiya.Anggun Dahlia Saffiya menyambutnya dan tercengang-cengang.Sekeping nota yang tertulis namanya.Dia segera membuka dan membaca.


                         Dear Minah Berangan…

                          Ooo … you panggil I tikus mondok  ya minah berangan.. ada ke tikus mondok yang hensem macam I atau you tak berani nak bagitahu yang you telah jatuh cinta pada I ? I tahu dari raut wajah you sudah tergambar yang you telah jatuh cinta kat I yang hensem nie tapi you tak berani nak cakap.You takut I akan reject you. U comel tapi sayang mulut macam lombong najis busuk tak terkata.Apa-apa pun I suka.Bila rasanye kita akan berjumpa lagi dan I tinggalkan bunga ros yang wangi untuk  you rebus or cium supaya mulut you akan berbau wangi. See u later …                                                                                                                                  

                                                                                                          From:Lelaki Idaman Wanita..


Selepas membaca nota yang diberikan Mak Usu Ana , hatinya merasa panas.Anggun Dahlia Saffiya segera mencapai jambangan bunga ros pemberian dari lelaki yang baru dikenalinya dan segera mencampak kedalam tong sampah.Hati kecilnya menjerit memarahi lelaki itu.

Mak Usu Ana menggeleng-geleng kepalanya melihat gelagat Anggun.Tidak pernah anak sedaranya naik angin sebegitu.Anggun tidak pernah membuang apa-apa barangan yang diberi kepadanya kerana menurut Anggun bukan dia yang meminta tetapi orang yang berbesar hati yang memberi dan tidak salah jika dia mengambil atau menyimpan pemberian orang kepadanya.


Dia pasti akan menjaga setiap barang atau hadiah yang diberikan kepadanya dengan baik.Tapi lain benar pada hari ini kerana anak sedaranya sendiri yang mencampak jambangan bunga pemberian daripada Jazmir.Apa yang membuat anak sedaranya terasa hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan