Part 3
Anggun
Dahlia Saffiya ke kedai bunga milik emak
sedaranya seperti biasa.Sejak pembantu kedai bunga Mak Usu berhenti Anggun
Dahlia Saffiya yang selalu datang menolong setiap hari kerana dia merasa kesian
melihat Mak Usunya ke sana ke mari seorang diri dan terpaksa membuat kerja
sendirian.
Dia menjalankan tugasnya seperti biasa mengemas bunga-bunga yang berselerakan diatas meja dan menyiram pokok-pokok bunga ros yang berada didalam baldi diluar kedai.Leka menyiram pokok-pokok bunga Anggun Dahlia Saffiya tidak sedar dia melanggar seseorang bersebelahan dengannya.
Anggun Dahlia Saffiya segera meminta maaf namun sedikit pun pemuda disebelanya membuat endah tidak endah dan pemuda itu berlalu masuk ke dalam kedai bunganya. Anggun Dahlia Saffiya berjalan membontoti pemuda didepannya dengan perasaan sebal kerana melihat dari perwatakkannya pemuda itu seorang yang sombong dan berlagak.
“Selamat datang ke Elisya Florist dan
apa-apa yang boleh saya bantu Encik?”
Anggun
Dahlia Saffiya memberi senyum kepada pemuda dihadapan namun sedikit pun
senyuman yang diberi mendapat balasan.Muka pemuda dihadapannya tampak serious.
‘Eeee…aku tahu kau hensem tapi kalau berlagak buat apa?tak nak aku dapat
suami macam kau dan kalau dalam dunia nie hanya ada kau sorang aje lelaki,aku
sanggup tak kawin pun takpa.Sombong mengalahkan menteri pulak dan menteri pun
tak sombong macam kau.Simpang malaikat 44 la ,aku nak terima orang macam kau!’omel
Anggun Dahlia Saffiya sekadar dalam hati.Muka berkerut-kerut menahan geram
dengan pemuda yang berdiri dihadapannya.
Melihat muka gadis didepannya
berkerut-kerut,Syed Jazmir Hariff tersenyum dalam hati.Dia sengaja mengenakan
gadis dihadapannya kerana hatinya ketika ini berdebar-debar dan berdegup-degup
dengan kencang.Dia takut hatinya akan terpikat pada si gadis sedangkan dia akan
ditunangkan dengan seseorang yang tidak dikenali.
“Tak perlu.. I tengok-tengok aje.Kat sini ada jual bunga ros tak? kalau
ada I nak bunga ros merah 3 kuntum,ros putih 3 kuntum dan ros kuning 3 kuntum
,boleh ke?”
‘Apa mamat nie ? tadi bukan dia tengok ke bunga ros kat depan pintu dan
sekarang boleh tanya aku pulak ? mamat nie senget ke apa?entah-entah tadi dia
asyik tengok aku yang cantik nie kot sampaikan bunga berada depan mata pun tak
nampak?kalau terpikat kat aku cakap aje,boleh dirunding la..’Anggun Dahlia
Saffiya tersengih-sengih sendirian apabila mendengar kata-kata hatinya.
‘Ehhhh …minah
nie aku tanya boleh senyum sorang-sorang pulak?’bisik hati kecil Syed Jazmir
Hariff.
“Minah berangan oiii.. you nak jual
bunga ke nak berangan ? Kalau nak jual bunga,buat cara nak jual bunga bukan
tersenyum sorang-sorang.Kalau nak berangan tutup kedai balik rumah aje,boleh
berangan puas-puas dan tak payah makan gaji buta.”Tegas Syed Jazmir Hariff
menutup getaran dihatinya.Senyuman si gadis telah memikat hatinya.
‘Sedapnyerrrr
mulut kutuk aku? Boleh pulak kata aku makan gaji buta dan kalau aku makan gaji
buta pun kau kisah apa? bukan kau yang bayar gaji aku tahu?’
Sakitnya
hati Anggun Dahlia Saffiya apabila mendengar kutukan daripada pemuda sombong
dihadapannya. Terasa hendak cili-cili mulut pemuda dihadapanya dan sebagai
pekerja berdedikasi dia harus sabar dengan kerenah customer-customer.
“Mamat senget oiii .. Saya rasa
awak yang buta coz
tadi bukan awak tengok ke saya menyiram bunga ros kat depan sana ataupun awak
tak focus pada bunga tu tapi
encik focus pada saya kan ? sebab
tu encik tak nampak bunga ros yang banyak kat luar tu?” Anggun Dahlia Saffiya tersenyum
perli dan mengangkat-angkat keningnya.Kelihatan muka pemuda didepannya
tercengang-cengang.
‘Ambil kau !!
nak sangat perkena aku ya?’Hati Anggun Dahlia Safiiya puas dapat mengenakan
pemuda itu.
Syed Jazmir Hariff ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata
gadis dihadapannya. Kelakar juga gadis
itu.Perasan tidak habis-habis namun ada benarnya kata pompuan didepannya
kerana dia tidak focus
kat bunga ros tetapi dia terlalu lalai melihat wajah pompuan didepannya yang
tidak jemu dipandang tetapi perangai Arggggg ..Allah saja yang tahu..Mulut
macam longkang.Sempat lagi dia mengutuk pompuan didepannya.
‘ Aduhhhh…napa kau ketawa macam tu?buat
aku jatuh cinta pulak.Padan muka aku tadi ego sangat ,takkan jatuh cinta kat
mamat tu,walaupun ada sorang orang macam dia kat dunia nie dan sanggup
membujang sampai ke tua konon.Sekarang dah jatuh cinta.. huhuhuh.. tak boleh
aku akan ditunangkan dengan orang lain so aku tak boleh jatuh hati kat mamat
senget nie.’
“Heloooo…”
Syed Jazmir Hariff melambai-lambai tangannya didepan muka Anggun
Dahlia Saffiya dan Anggun Dahlia Saffiya tersedar dari khayalan.
“Kan I dah kata kalau
nak berangan balik rumah aje,I rasa-rasa bukan I yang focus tengok you tapi you yang terlalu focus tengok I kan ? tengok I sampai tak
berkelip-kelip mata tu dan untuk pengetahuan you, I takkan terpikat kat you.”Bertambah-tambah
sakit hati Anggun Dahlia Saffiya mendengar kata-kata pemuda didepannya
itu.Anggun Dahlia Saffiya menjuihkan
mulutnya.
“Eeeeeee ….perasannya awak
nie? Sory ya , saya takkan jatuh cinta kat awak tahu ? mulut macam longkang dan
berlagak giler . Kalau awak
sorang tinggal kat dunia nie ,saya sanggup membujang sampai ke tua tahu?”Anggun
Dahlia Saffiya meneruskan kerja yang
terbengkalai dan makin dilayan makin hatinya sakit dengan kata-kata mamat
senget didepannya.
“Mulut tu cakap aje dan I tahu
kalau tinggal I sorang kat dunia nie pasti you orang pertama yang berebut-rebut
nak jadi girlfriend I kan? You malu nak bagitahu kat I yang you dah jatuh cinta
pandang pertama kat I kan?”Syed Jazmir Hariff sengaja mengusik gadis itu.
Muka
Anggun Dahlia Saffiya kemerah-merahan
menahan geram.Bertambah-tambah sakit hatinya mendengar kata-kata daripada mamat
senget didepannya.Aku tahu la muka kau serupa
pelakon korea Lee Min Hoo tapi agak-agak nak perasan pun ? Hati aku nie
pun satu ,takde orang lain ke nak jatuh cinta pun?aku harap anak auntie Aisya
boleh tandingi mamat senget nie dan kalau tak mampus aku..hihihi..Hati ni punya
pasal la dan kenapa berdebar-debar pulak ? control Anggun..control.. Jangan
buat malu kat depan mamat senget nie.Kenapa pulak nama anak auntie Aisya pulak
yang aku sebut ? bukan dalam kes nie aku kena kahwin paksa ke ? aduhhhh ..hati
kecil Anggun menjerit.
“Malas saya nak bergaduh dengan
mamat perasan macam awak nie so awak nak beli ke tak ? kalau tak baik awak pegi aje dari sini
? kan bertambah pula dosa saya coz bergaduh dengan awak .”
“Adakah patut you layan customer
macam nie? Kalau I jadi bos, I akan pecat pekerja macam you tahu?suka-suka hati
aje halau customer dan macam mana nak maju kalau asyik masam muka tu ?memang
sah you sedang berangan coz tadi I dah bagitahu nak bunga apa kan?”
“Bagaimana saya nak layan customer
pun awak peduli apa?vbukan kedai awak , kalau sekali pun awak jadi bos saya dan
saya pun tak hingin
bekerja ngan awak.vKalau muka saya masam sekali pun,ada saya minta duit dari awak
ke ?” Anggun Dahlia Saffiya menjuihkan
mulutnya dan berjalan keluar utuk mengambil bunga-bunga yang dipesan oleh
pemuda tadi kerana malas hendak bertekak lagi.
Anggun Dahlia Saffiya
mengubah bunga-bunga ros yang diminta oleh pemuda itu dengan segera kerana
malas hendak melayan kerenah yang menjengkelkan.Makin dilayan makin hatinya
sakit mendengar kata-kata daripada pemuda itu.Dia memberikan bunga-bunga ros
yang sudah siap digubah kepada pemuda dihadapan kerana dia mahu pemuda itu
segera beredar dari kedai bunganya.
“Hey Minah berangan, takde jual
kad ke ? I nak tulis dan letakkan kat bunga ni?”Tanya Syed Jazmir Hariff tanpa menyambut bunga yang diberikan Anggun
Dahlia Saffiya .Matanya melirik kearah gadis didepannya yang seperti lipas
kudung mencari tempat yang dipamerkan kad-kad ucapan. Dia ingin ketawa melihat
gelagat gadis itu tetapi ditahannya.
“Tak nampak ke kat depan mata awak tu Mr MS ? kalau rak tu hidup tentu
dia akan cakap seperti nie ‘Hai Mr MS saya disini,awak tak nampak saya ke yang
cantik nie ataupun awak buta’ohhhh … lupa saya yang pasti rak tu pun tak akan tegur
awak kerna meluat dengan perangai awak yang mulut macam longkang tu.”
Anggun Dahlia Saffiya terus berlalu apabila melihat emak sedaranya
menuju kearah mereka.Sebal dia dengan perangai pemuda itu.Apabila berada
dihadapan Mak Usu Ana,Anggun meminta izin untuk keluar lunch kerana perutnya
merasa lapar dan hatinya yang tengah panas ketika ini dengan perangai Mr MS
yang ego itu.
“Mak Usu ,Anggun nak keluar ambil angin jap kerna kat dalam nie panas
dan ada seekor tikus mondok.Mak usu jaga-jaga tau takut pulak mak usu kena
gigit pulak nanti.Ehhh lupa pulak yang tikus mondok nie tak gigit orang tapi
mulut dia aje yang berbau longkang.” Anggun Dahlia Saffiya mengangkat kedua-dua
belah keningnya.Kelihatan muka Mak Usu kebingungan mendengar kata-kata dari
Anggun.
“Anggun… kan ada customer tu,napa tak layan ?” Mak Usu Ana berjalan
menuju kearah pemuda yang ditujukan oleh Anggun Dahlia Saffiya dengan kata-kata
yang kurang enak.Apa yang pemuda itu lakukan terhadap Anggun Dahlia Saffiya
sampaikan anak sedaranya itu mengeluarkan kata-kata yang kurang enak.Dia tahu
dengan perangai anak sedaranya yang sorang ini,kalau orang tidak menyakitkan
hatinya pasti dia akan melayan orang dengan baik.
“Mak Ucu aje yang layan tikus mondok tu ya ? Anggun malas la nak layan
kerna perut Anggun merasa mual dan nak muntah tengok muka tikus mondok
tu.”Anggun Dahlia Saffiya terus berjalan
tanpa menghiraukan panggilan Mak Usu Ana.
“Anggun…Anggun…Anggun…Ada-ada aje budak nie,dah boleh jadi mak orang pun
tapi ..Mak Usu Ana menggeleng-geleng kepalanya melihat gelagat Anggun.Perangai
seperti budak-budak ,walaupun umur sudah meningkat tapi hatinya baik”Omel Mak
Usu Ana sambil tersenyum sendirian.Mak Usu Ana berjalan mendapat pemuda yang
sedang berdiri memerhati kad ucapan yang dipamerkan tanpa menghiraukan
mereka.Tetapi ada sedikit perubahan diwajah pemuda itu.
“Encik nak cari apa dan boleh Mak
Usu bantu ? Mak usu minta maaf bagi
pihak anak sedara Mak Usu tadi.Mulutnya memang celupar sikit tapi hatinya
baik.”Mak Usu Ana menggelarkan Mak Usu kepada pemuda dihadapannya.
“Takpe Mak Usu , panggil saya Jazmir aje.Saya yang bersalah tadi kerana
buat dia terasa.Siapa nama dia , kalau
boleh saya tahu?”Tanya Syed Jazmir Hariff.
“Panggil dia Anggun.Anak sedara Mak Usu tu memang mulut dia laser sikit
dengan orang yang dia tak kenal dan orang membuat hatinya sakit tetapi kalau
sekali orang buat baik dengannya, sepuluh kali dia akan balas kebaikkan itu.”
Syed Jazmir Hariff mengangguk-angguk kepalanya.Syed Jazmir Hariff
segera membayar harga bunga dan kad
apabila mendapat panggilan daripada adik kesayangannya menyuruh dia pulang ke
hotel kerana sudah lama dia keluar meninggalkan adiknya itu keseorangan didalam
bilik hotel. Syed Jazmir Hariff meminjam
pen dan memcoretkan sesuatu.Sebelum dia keluar dari kedai bunga itu dia
menghulurkan sekeping kad kepada Mak Usu Ana untuk diberikan kepada Anggun.
Setengah jam berlalu , Anggun berjalan masuk ke dalam kedai bunga Mak
Usu Ana.Dia mendapatkan Mak Usu Ana yang sedang mengubah bunga yang ditempah
pihak hotel.
“Rajinnya Mak Usu Anggun nie.”Sambil tangannya memegang sekuntum bunga
plastic.
“Anggun makan kat mana tadi ? tak
bungkus untuk Mak Usu Ana ke?”Anggun Dahlia Saffiya menampar dahinya tanda
terlupa.Dia tersenyum seperti kerang busuk apabila melihat muka Mak Usu Ana
masam.
“Anggun minta maaf
.Anggun terlupa dan Anggun ingatkan Mak Usu dah makan tadi ?” Geram punya pasal
dengan mamat senget tadi , sampaikan dia terlupa hendak bungkuskan makanan
untuk Mak Usu Ana. Mak Usu Ana kembali tersenyum apabila Anggun Dahlia Saffiya memegang
tangannya meminta maaf.
“Anggun ..”Panggil Mak
Usu Ana sambil menghulurkan sesuatu kepada Anggun Dahlia Saffiya.Anggun Dahlia
Saffiya menyambutnya dan tercengang-cengang.Sekeping nota yang tertulis
namanya.Dia segera membuka dan membaca.
Dear Minah Berangan…
Ooo … you panggil I tikus mondok ya minah berangan.. ada ke tikus mondok yang hensem macam I atau you tak berani nak bagitahu yang you telah jatuh cinta pada I ? I tahu dari raut wajah you sudah tergambar yang you telah jatuh cinta kat I yang hensem nie tapi you tak berani nak cakap.You takut I akan reject you. U comel tapi sayang mulut macam lombong najis busuk tak terkata.Apa-apa pun I suka.Bila rasanye kita akan berjumpa lagi dan I tinggalkan bunga ros yang wangi untuk you rebus or cium supaya mulut you akan berbau wangi. See u later …
From:Lelaki Idaman Wanita..
Selepas membaca nota yang diberikan Mak Usu Ana ,
hatinya merasa panas.Anggun Dahlia Saffiya segera mencapai jambangan bunga ros
pemberian dari lelaki yang baru dikenalinya dan segera mencampak kedalam tong
sampah.Hati kecilnya menjerit memarahi lelaki itu.
Mak Usu Ana menggeleng-geleng kepalanya melihat
gelagat Anggun.Tidak pernah anak sedaranya naik angin sebegitu.Anggun tidak
pernah membuang apa-apa barangan yang diberi kepadanya kerana menurut Anggun
bukan dia yang meminta tetapi orang yang berbesar hati yang memberi dan tidak
salah jika dia mengambil atau menyimpan pemberian orang kepadanya.
Dia pasti akan menjaga setiap barang atau hadiah
yang diberikan kepadanya dengan baik.Tapi lain benar pada hari ini kerana anak
sedaranya sendiri yang mencampak jambangan bunga pemberian daripada Jazmir.Apa
yang membuat anak sedaranya terasa hati.